Connect with us

Arsenal

Arsenal kelab pertama bergerak dengan ‘keyakinan’ untuk Rabiot.

Published

on

Faktor kewangan jadi kesukaran besar.

Arsenal telah bergerak dengan ‘keyakinan tertentu’ untuk pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot musim panas ini, tetapi kesepakatan mungkin menjadi rumit memandangkan kewangan besar yang terlibat.

Itu menurut Tuttomercatoweb (TMW), yang melaporkan bahawa pemain tengah itu mungkin meninggalkan pasukan Serie A setelah hanya setahun bersama kelab tersebut.

Laporan Tuttomercatoweb.

Pemain Perancis itu menyertai Juventus secara perpindahan percuma dari Paris Saint Germain musim panas lalu.

Namun, dia telah berjuang untuk menempatkan dirinya pada musim pertama bersama kelab Itali itu dan menurut TMW, mereka menjelaskan sumber di kelab tersebut melabelkannya sebagai ‘objek misteri’.

Advertisement

Dan lebih ketara mengenai penampilannya yang menimbulkan banyak persoalan mengenai ‘sikap’ dan ‘keinginannya’, yang dirasakan oleh mereka di Juve tidak seperti yang diharapkan.

Itulah sebabnya dia dikaitkan dengan perpindahan musim panas ini, dengan Juve memikirkan penjualannya dan kelab di Liga Perdana Inggeris sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku.

Arsenal adalah antara mereka, dan ia mendakwa The Gunners adalah pasukan pertama yang bergerak dengan ‘keyakinan tertentu’ tetapi masalahnya, seperti yang telah disebutkan sebelum ini adalah kewangan.

Laporan Foot Mercato yang mengatakan Arsenal antara pasukan yang mula bergerak untuk mendapatkan Rabiot.

Pertama, mengenai soal gaji Rabiot yang agak tinggi di mana beliau kini memperolehi € 7 juta setahun di campur dengan bonus, yang mana dia memperolehi sekitar € 11 juta per musim di Juventus.

Menilaikan beliau berdasarkan masa lalu, Rabiot begitu ‘sukar menerima’ pengurangan gaji, yang bermaksud mana-mana pihak yang berminat harus menawarkan pakej gaji besar untuk memikatnya.

Advertisement

Kemudian timbul mengenai desas-desus Juve mahu melepaskannya dan sekiranya mereka menjual Rabiot pada musim panas ini, kelab Itali itu dilaporkan mahu ataupun ingin menjana keuntungan besar.

Difahamkan Juve mahukan ‘sekurang-kurangnya’ € 30 juta untuk mereka melepaskan Rabiot.

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk melakukan pembelian Rabiot, mereka harus mengeluarkan pelaburan untuk sekurang-kurangnya € 60-70 juta, harga dan nilai yang tinggi untuk dikeluarkan mana-mana kelab kerana kewangan di seluruh Eropah telah ‘dihancurkan’ oleh wabak Coronavirus.

Perkara itu tentunya berlaku untuk Arsenal, yang memiliki bajet yang rendah (sedikit) untuk dimulakan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Advertisement

Dan mungkin Arsenal harus melupakan usaha berpotensi ini yang masih belum dimulakan lagi.

Rabiot dilaporkan kecewa dengan jumlah terhad dimilikinya bersama Juventus.