Connect with us

Arsenal

Valverde jadi buruan Arsenal, Manchester United dan Barcelona.

Published

on

Arsenal ‘mahu’ menandatangani pemain Amerika Selatan itu namun tewas kepada Real Madrid yang menawarkan ‘dua kali ganda’ untuk mendapatkan pemain tersebut.

Arsenal, Manchester United dan Barcelona ‘mahu’ menandatangani Federico Valverde sebelum dia pindah ke Real Madrid, menurut AS.

Pemain tengah itu tiba di ibu negara Sepanyol dari Penarol dan pada mulanya dimasukkan dalam pasukan B Real Madrid.

Pemain Uruguay itu jarang mendapat peluang di Bernabeu sehinggalah Zinedine Zidane kembali pada bulan Mac 2019.

Kempen kali ini telah menjadi ‘musim istimewa’ untuk pemain berusia 21 tahun itu.

Advertisement

Bukan hanya kerana alasan sukan, tetapi juga kerana dia menjadi ayah dan memulakan hubungannya dengan Wasserman, agensi yang kini mewakili pemain itu.

Sebelum berpindah dan menyertai Real Madrid, Valverde membuat debut untuk pasukan utama Penarol malah ketika itu beliau sudah pun menjadi bintang untuk pasukan B17 Uruguay.

Ini menarik perhatian The Gunners, Red Devils dan kelab Catalan.

Menurut AS, Real Madrid membayar € 5 juta untuk mendapatkan khidmat Valverde dan setelah mengetahui mengenai tawaran dari kelab lain, Los Blancos menawarkan ‘dua kali ganda wang’.

Advertisement

Laporan itu tidak menghurai lebih lanjut sama ada Arsenal, United atau Barca ada mengemukakan tawaran tambahan (baharu) untuk mendapatkan pemain tersebut.

Bagaimanapun, naib presiden Penarol, Rodolfo Catino mengakui November lalu bahawa kelab utara London itu cuba untuk menandatangani Valverde, tetapi tawaran Arsenal ‘terlalu rendah’.

Valverde telah menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama Real Madrid musim ini dan mereka sudah tentu gembira dan merasa berbaloi mengeluarkan belanja ataupun membuat tawaran ‘dua kali ganda’ untuk mengalahkan lawan dalam perebutan untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

November lalu (2019), Valverde memberitahu media bahawa Arsenal bertanya tentang dia ketika masih bersama Penarol, bahkan beliau juga pernah berlatih bersama The Gunners (sesi percubaan).

Advertisement