Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Bintang WWE nasihat Declan Rice untuk tidak berpindah ke Chelsea

Published

on

Pemain tengah England ini kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari West Ham tetapi dia menerima galakan untuk terus kekal di kelab.

Masa depan Declan Rice di West Ham menarik perhatian bintang WWE iaitu Triple H, yang kemudian menasihat pemain tengah muda ini untuk terus kekal di kelab.

Triple H, 14 kali juara dunia WWE, merupakan peminat setia the Hammers dan sangat berminat dengan isu perpindahan Rice ini.

Advertisement

Pemain berusia 21 tahun ini menyertai West Ham pada 2014, tetapi dia telah dikaitkan dengan kepulangan ke Chelsea, yang telah melepaskannya semasa dia berusia 14 tahun.

Rice masih terikat dengan kontrak di Stadium London sehingga 2024, Rice mungkin akan bersetuju dengan mana-mana perpindahan pada masa terdekat dan Triple H menggesa pemain tengah ini untuk kekal di West Ham dan menjadi hero kelab.

“Kamu tahu ini musim baru, masa baru, titik permulaan baru untuk kami, NXT UK ke atas BT Sport, tetapi untuk banyak pihak lain juga termasuk West Ham. Jadi saya mempunyai satu pesanan, saya ada pesanan untuk Declan Rice,” kata Triple H dalam satu video yang diletakkan di Twitter.

“Declan, kamu mempunyai keputusan besar di hadapan kamu dan saya sangat memahaminya, dan saya yang dari jauh untuk memberitahu apa yang kamu patut lakukan, tetapi saya mahu memberikan dari satu sudut pandangan yang kadang-kadang dalam kehidupan terdapat perkara-perkara yang lebih penting.

Advertisement

“Terdapat satu peluang untuk sesuatu yang lebih. Untuk menjadi seorang hero. Menjadi seorang hero kepada peminat-peminat yang menyokong kamu. Menjadi hero kepada mereka yang melihat kamu meningkat naik menerusi satu sistem dan berjaya dalam sistem tersebut. Menjadi hero untuk membina sesuatu milik kamu. Bukan hanya untuk berjaya, tetapi berjaya dengan cara kamu.

“Bina legasi kamu, menjadi sesuatu yang lebih lagi, menjadi sesuatu yang satu dan hanya yang pertama Declan Rice. 

“Kekal bersama mereka yang membawa kamu ke tahap ini, kekal bersama West Ham dan menjadi hero, menjadi juara, menjadi sesuatu yang mereka tahu apa yang boleh dilakukan oleh Declan Rice.”  

Rice membuat 39 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan bimbingan David Moyes musim lepas, menjaringkan satu gol dan menyumbang tiga bantuan gol.

Advertisement

Dia bermain setiap minit dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2019/20 dan memakai lilitan lengan kapten sebanyak empat kali, dan dia membantu kelab untuk mendapat tempat ke-16 liga selepas dicanang sebagai kelab berpotensi tersingkir ke Championship pada awalnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply