Connect with us

Arsenal

Cazorla yakin Arteta orang yang tepat untuk Arsenal

Published

on

Bekas pemain tengah the Gunners ini percaya bekas rakan sepasukannya boleh “mencapai sesuatu yang besar” jika diberikan masa untuk berjaya di Stadium Emirates.

Mikel Arteta adalah “orang yang tepat untuk memacu Arsenal ke hadapan”, kata Santi Cazorla, dengan pengurus tersebut mengintai peluang untuk mencontohi kejayaan Arsene Wenger di kelab.

Kejayaan Piala FA dan Perisai Komuniti telah berjaya diraih oleh The Gunners di bawah jurulatih sekarang, tetapi mereka masih tidak konsisten pada musim 2020-21, menyebabkan hanya Europa League peluang mereka untuk meraih trofi musim ini.

Villarreal merupakan lawan mereka di pusingan separuh akhir pertandingan ini, dengan kelab Sepanyol tersebut mendahului 2-1 dalam perlawanan pertama, dan Arteta terus berdepan pelbagai persoalan sama ada dia pilihan terbaik untuk memberikan kejayaan jangka masa panjang.

Advertisement

Bekas pemain bintang Arsenal dan Villarreal Cazorla, yang pernah bermain bersama Arteta, memberitahu laman sesawang rasmi UEFA official website: “Saya fikir dia orang yang tepat untuk memacu kelab ke hadapan.

“Sukar untuk mengikuti tempoh seperti Wenger – kelab perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak, falsafah, dan visi bola sepak yang berlainan.

“Dia mempunyai idea yang jelas tentang bagaimana dia mahukan pasukannya bermain, mereka berada di pusingan separuh akhir dan mereka melakukan dengan baik dalam Piala FA [musim lepas]. Mereka agak tidak konsisten tetapi kamu perlu berikan dia masa dan saya fikir mereka yakin yang Mikel boleh mendapatkan lebih dari skuad dan mencapai perkara-perkara yang lebih besar.

“Saya kawan rapat dengannya dan apa sahaja perkara baik berlaku ke atasnya dan kelab, saya akan gembira untuk mereka kerana saya seorang Gunner.”

Advertisement

Arsenal menduduki tempat ke-sembilan dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan baki empat perlawanan lagi, bermakna kejayaan yang ketara mungkin diperlukan pada musim ini bagi memastikan masih ada agenda kejohanan Eropah musim 2021-22.

Mereka perlu bangkit mengatasi Villarreal, tetapi kemenangan 1-0 sudah memadai untuk mara dengan peraturan gol di tempat lawan dan satu lagi peluang the Gunners untuk merangkul trofi utama.

Cazorla berkata: “Saya tidak pasti berapa lama sejak mereka memenangi pertandingan Eropah tetapi mereka telah mendapat peluang menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara [2006] dan perlawanan akhir Europa League [2019] menentang Chelsea. Jadi, satu kemestian untuk sesebuah kelab mencapai sesuatu yang besar di Eropah, bukan?”

“Mereka sudah beberapa kali hampir mencapainya dan terus menunjukkan yang Arsenal merupakan sebuah pasukan yang besar di Eropah. Mereka mahu menunjukkan mereka di tahap yang sama dengan kelab-kelab besar dunia yang lain dan untuk melakukannya mereka perlu memenangi trofi Eropah.”

Advertisement