Connect with us

Arsenal

Saka ceriakan skuad England.

Published

on

Bintang muda Arsenal cemerlang bantu kejayaan England dalam aksi persahabatan.

Skuad England yang dikendalikan Gareth Southgate sekadar kemenangan tipis 1-0 ke atas Austria dalam aksi pemanas badan Euro 2020 hasil jaringan sulung Bukayo Saka untuk negaranya.

Pemain sayap 19 tahun Arsenal, Saka meledak gol tunggal permainan sekali gus menguatkan kedudukannya dalam menempatkan diri dalam kesebelasan utama England menjelang aksi pembukaan Euro menentang Croatia di Wembley pada 13 Jun ini.

“Ia perasaan yang cukup menakjubkan buat saya, mungkin saat paling istimewa dalam karier saya,” kata Saka.

Advertisement

Bagaimanapun disebalik keceriaan yang diberikan Saka (jaringan tunggal dan kemenangan pada minit ke-56 perlawanan), kecederaan Trent Alexander-Arnold di akhir babak kedua mencetus kebimbangan Southgate.

Bek kanan Liverpool berusia 22 tahun itu tampak kecewa apabila terpaksa dipimpin keluar selepas cedera ketika cuba mengeluarkan bola dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Riverside.

Southgate mengakui dia berdebar menanti keputusan pemeriksaan yang akan dilakukan ke atas Alexander-Arnold.

“Kita akan melihatnya. Ia kelihatan tidak bagus apabila dia terpaksa keluar dengan cara begitu.

“Kami perlu menilai keadaannya. Saya rasa ia membabitkan otot paha tetapi pasukan perubatan kami akan menilainya.

Advertisement

“Ia bukan petanda baik untuk melihat dia berjalan keluar dengan cara begitu. Kita akan mengetahui dengan lebih lanjut dalam 24 hingga 48 jam,” kata Southgate.

Sementara itu Jude Bellingham muncul pemain paling muda memulakan perlawanan untuk England sejak Wayne Rooney pada tahun 2003.

Bellingham berusia 17 tahun 338 hari pada aksi menentang Croatia itu manakala Rooney menentang Liechtenstein pada usia 17 tahun 321 hari.

Jude Bellingham (kanan) meraikan gol yang dijaringkan Saka.

Sebelum sepak mula, sebahagian daripada 8,000 penyokong tuan rumah mengejek pemain-pemain England yang berlutut sebagai solidariti untuk gerakan Black Lives Matter.

Advertisement

Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!!