Connect with us

Arsenal

Arsenal sedia mencabar Tottenham untuk pertahanan muda.

Published

on

Pemain sasaran Antonio Conte yang dikatakan sesuai dengan bolasepak Inggeris, jadi sasaran The Gunners.

Nampaknya Tottenham Hotspur tidak bersendirian dalam perlumbaan untuk menandatangani pemain pertahanan Torino, Wilfried Stephane Singo.

Laporan terbaru dari media Itali kini mendakwa bahawa Arsenal adalah satu lagi kelab yang ingin membawa pemain berusia 21 tahun itu ke Utara London pada musim panas depan.

Kisah ini dipetik dari Toro News, yang menerangkan minat dari Spurs dan The Gunners untuk pemain antarabangsa Ivory Coast itu.

Dikatakan bahawa, berikutan hasrat Antonio Conte untuk menandatangani Singo bagi memperkuatkan barisan pertahanan Tottenham, minat Arsenal ‘segera’ muncul dalam khabar angin pasaran terkini.

Advertisement

Cerita itu juga menunjukkan bahawa pemain itu ‘dilahirkan’ untuk bolasepak Inggeris dan kerana itu, gaya permainannya dilihat lebih sesuai dan lebih baik daripada Serie A, yang lebih bertahan.

Singo berpindah ke Itali pada 2019, setelah menyertai akademi Torino namun dia dengan cepat dinaikkan pangkat ke pasukan utama dan kerap digunakan sejak musim 2019/20.

Dia ketika ini mempunyai kontrak sehingga 2023 bersama Torino dan memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.

Nilai pasaran semasa sebagaimana di nilai oleh Transfermarkt adalah pada €12 juta dan dengan Arsenal dan Tottenham sama-sama berminat dengannya, harga tersebut mungkin akan meningkat naik lagi.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply