Connect with us

Arsenal

Tawaran jangka pendek kepada Lacazette.

Published

on

Arsenal boleh menawarkan perjanjian singkat baharu dengan Lacazette sedia pertimbangkan, Lyon kekal berminat untuk peluang perpindahan.

Sudah diketahui bahawa kontrak Alexandre Lacazette dengan Arsenal akan tamat pada penghujung musim ini, namun penyerang itu masih berpeluang untuk kekal di Emirates.

Penyerang Perancis itu semakin menonjol dan prestasinya semakin meningkat apabila diperlukan pada separuh masa kedua musim ini bersama The Gunners.

Sementara Lyon, bekas kelabnya, ingin mendapatkan dia kembali musim depan.

Demikian menurut L’Equipe, yang melaporkan pemain berusia 30 tahun itu akan memikirkan mengenai masa depannya bersama Arsenal, untuk menentukan sama ada dia kekal atau tidak.

Advertisement

Malah, The Gunners boleh menawarkan kontrak pendek kepadanya (satu tahun tambah satu lagi), yang kini mereka rancang untuk lakukan dengan mana-mana pemain yang berusia melebihi 30 tahun.

Ia kemudiannya menegaskan bahawa Lyon tetap memantau situasi penyerang Arsenal itu, yang akan mempunyai keputusan besar untuk dibuat pada musim panas ini.

Situasi yang perlu diberikan perhatian oleh kelab Perancis itu, kerana ia adalah peluang terakhir untuk mereka mendapatkan kembali pemain itu tanpa mengeluarkan belanja.

Bagi Lacazette pula, kekal di Emirates akan menjamin dia menerima gaji yang lebih tinggi daripada di Perancis, tetapi dia berkemungkinan akan bermain lebih banyak di negara asalnya.

Advertisement

Ini kerana, seandainya The Gunners mampu menguatkan jentera serangan pada musim panas ini, sudah pasti tempat dan minit agak terhad buat Lacazette beraksi musim depan.