Connect with us

Arsenal

Bakat muda Arsenal perlu diurus dengan betul.

Published

on

Arsenal mempunyai bakat muda yang sangat luar biasa dengan kita menyaksikan pemain seperti Saka dan Martinelli tampil dengan persembahan menakjubkan.

Kisah Arsenal dipacu oleh bakat-bakat muda bukanlah fenomena baru dan perkara ini telah lama bermula, sejak era Arsene Wenger masih berkuasa dan kini ianya diteruskan lagi oleh Mikel Arteta.

The Gunners musim ini mungkin mempunyai pasukan termuda dalam Liga Perdana Inggeris, dengan purata umur pemain skuad utama Arsenal adalah pada usia 24.3 tahun.

Dengan jendela perpindahan musim panas telah pun ditutup, kebanyakkan pemain muda ini telah berkembang bersama Arsenal selama bertahun-tahun, dengan Bukayo Saka antara sebahagian wajah revolusi skuad muda pimpinan Arteta.

Pemain sayap itu, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada Isnin lalu dan dia sudah pun membuat 137 penampilan untuk Arsenal dan 18 untuk England.

Advertisement

Saka mampu beraksi dalam pelbagai peranan dan posisi, malah dia merupakan antara pemain muda terbaik Liga Perdana Inggeris dalam sejarah.

Kita pernah menyaksikan dia bermain pada posisi bek sayap dan sayap kiri serta sebagai pemain tengah walaupun dia sebenarnya merupakan pemain sayap kanan.

Saka menduduki tempat keempat sepanjang masa untuk rekod penghasilan bantuan yang dibuat oleh pemain berusia bawah 21 tahun dalam liga dengan catatan 18 kali (18 bantuan gol dihasilkannya).

Dia turut menjaringkan gol liga ke-18nya ketika kekalahan 3-1 Arsenal di Manchester United, sehari sebelum hari jadinya yang ke-21.

Memandangkan banyak kejayaan telah dicapainya pada usia yang begitu muda, cara dia diuruskan, terutamanya semasa tempoh perlawanan yang padat sebelum Piala Dunia November di Qatar, boleh menjadi perkara penting.

Advertisement

“Kami akan cuba (mengurus minitnya),” kata Mikel Arteta pada hari Rabu.

“Jika skuad dan persembahan mengizinkan kami, kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk menguruskan bebannya dan membawanya ke padang dalam keadaan terbaik.

“Selepas November, kami mempunyai sesuatu (Piala Dunia musim sejuk) yang tidak pernah kami alami sebelum ini.”

Kebimbangan mengenai masa permainan dan potensinya telah dibangkitkan musim lalu dan tahun sebelumnya, apabila dia adalah pemain kedua Arsenal yang paling banyak digunakan selepas Granit Xhaka.

Advertisement

Sebelum perlawanan terakhirnya sebagai pemain berusia 20 tahun pada hari Ahad, Saka telah bermain paling banyak (minit permainan) berbanding mana-mana pemain bawah 21 tahun dalam lima liga terbaik Eropah.

Gabriel Martinelli hanya tiga bulan lebih muda daripada Saka dan juga mempunyai pengaruh yang semakin meningkat dalam skuad utama Mikel Arteta, tetapi dia mempunyai laluan ataupun perjalanan karier yang agak berbeza.

Dia pada mulanya mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Europa dan menjadi pemain muda pertama yang mencapai dua angka dalam jumlah jaringan gol untuk Arsenal sejak Nicolas Anelka pada musim sulungnya, menjaringkan 10 gol.

Sejak itu, prestasi Martinelli sedikit terganggu setelah mengalami kecederaan yang menghalang kemajuannya bersama The Gunners.

Namun dia berjaya bangkit setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya dan menjadi kunci kepada kebangkitan Arsenal dalam mencabar pasukan lain menduduki empat teratas musim lalu.

Advertisement

Kecemerlangan Martinelli diteruskan musim ini apabila dia telah memulakan kempen ini dalam prestasi terbaik dengan tiga gol dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Martinelli dilaporkan menjadi subjek kepada minat daripada beberapa kelab, tetapi menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal pada 2 Julai 2019, dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £6 juta.

Dengan memegang pasport Itali, Martinelli tidak tertakluk kepada kriteria yang diperlukan untuk kelab Inggeris menandatangani pemain Amerika Selatan.

Dalam tempoh tiga musim bersama Arsenal, Martinelli mengalami kecederaan lutut yang serius pada Jun 2020, diikuti dengan rehat yang agak panjang setelah kecederaan buku lali melandanya pada Januari 2021 dan kemudian bermain di Sukan Olimpik bersama Brazil pada musim panas 2021.

Tetapi kekurangan perlawanan yang dimainkan Martinelli pada masa itu juga menyebabkan dia cukup segar untuk menyertai pasukan apabila Emile Smith Rowe mengalami kecederaan musim lalu.

Advertisement

Mengenai sama ada ia memberikan manfaat kepada Arsenal, Arteta berkata: “Saya tidak tahu.

“Kami hanya cuba membuat keputusan berdasarkan apa yang kami lihat, di mana pemain berada, ruang yang kami ada dalam pasukan dan apabila kami percaya mereka bersedia untuk beraksi dan memberikan persembahan, kami benarkan mereka bermain.

“Ia mengenai masa yang adil untuk pemain juga, untuk menuntut perkara tertentu di kelab ini.

“Sekarang ini, anda lihat pemain yang mempunyai bakat luar biasa menunjukkan prestasi yang sangat konsisten pada tahap yang tinggi dan dia perlu terus melakukannya, terus meningkat.”

Advertisement

Pada penghujung musim 2020/21, apabila pemain Brazil itu tidak begitu kerap bermain untuk Arsenal, Arteta sentiasa menegaskan dan menjelaskan bahawa Martinelli masih menjadi atau berada dalam sebahagian daripada rancangannya.

“Dia memerlukan sedikit masa, kami perlu mencari perlawanan yang sesuai untuknya, hubungan yang betul dengannya di atas padang untuk melakukan yang terbaik,” katanya selepas meninggalkan Martinelli di bangku simpanan dalam kemenangan 3-1 ke atas Leicester City .

“Tetapi gaya dia, cara dia berlatih setiap hari, dia akan menjadi pemain yang sangat penting untuk kami, tiada kemusykilan untuk itu.

“Tetapi apabila anda mempunyai banyak pilihan, kadangkala sukar untuk anda… apabila mencari kualiti tertentu dalam permainan tertentu.”

Advertisement

Tidak lama selepas itu, pemain muda itu mula cemerlang dan kembali menyerlah, dengan Xhaka bermain di belakangnya semasa ketiadaan Kieran Tierney yang mengalami kecederaan.

Pada masa itu, mudah untuk melupakan betapa mudanya Martinelli, tidak ramai yang menyedari usia pemain tersebut.

Arteta juga telah menyebut bagaimana gaya permainan Tierney dan Xhaka, yang berbeza membolehkan Martinelli menggunakan ruang yang berbeza untuk menyerang.

Sejak itu, perkara dan peranan Martinelli menjadi lebih jelas dengan kita dapat menyaksikan kehebatan pemain berusia 21 tahun itu beraksi dan menjaringkan gol.

Advertisement

Kekaguman pengurus Arsenal itu terhadap gandingan Martinelli dan Saka sebagai pasangan muda yang menyinar semakin jelas minggu lalu, apabila dia berkata: “Sangat luar biasa apa yang mereka lakukan di kelab besar, sangat besar.

“Jika tidak, berikan saya contoh perkara (serupa) yang sedang berlaku.

“Kami mempunyai bakat istimewa, pemain luar biasa dan kami mempunyai kelab yang bersedia untuk mempromosikan bakat dan pemain yang bermain dari akademi kami, dan anda boleh melihat perkara itu.”

Tidak seperti Martinelli, kosistensi, ketersediaan dan serba boleh Saka dari peringkat awal bersama pasukan utama menyebabkan dia jarang berehat.

Saka jarang direhatkan ataupun terpaksa direhatkan.

Advertisement

Walaupun di luar musim biasa, Saka mempunyai Projek Mulakan Semula (Project Restart) untuk beraksi pada musim panas 2020 dan Kejohanan Eropah serta kemudian, dia beraksi dalam keempat-empat perlawanan Liga Negara-Negara untuk England pada Jun lalu.

Seorang lagi pemain muda berbakat Arsenal yang patut diuruskan dengan baik adalah William Saliba.

Walaupun pertahanan itu baru kembali bersama Arsenal dan memulakan aksinya bersama The Gunners, namun sekiranya bebanan berlebihan diberikan (selalu dan terlalu bergantung padanya), dia mungkin mengalami kecederaan dan menganggu kepada kemajuan serta prestasinya.

Kempen Liga Europa Arsenal harus memberi peluang untuk mereka menguruskan beban kerja itu.

Advertisement

The Gunners kini mempunyai Marquinhos dan Fabio Vieira, yang kedua-duanya mampu mengisi sayap kanan (Vieira lebih sebagai playmaker dan Marquinhos lebih sebagai ancaman dibahagian sayap), tetapi dengan Piala Dunia yang semakin hampir, ia adalah isu yang harus Arteta tangani dengan baik .