Connect with us

Berita Perpindahan

Arsenal memaksa Juventus bertindak.

Published

on

Kelab Itali bimbang terhadap ‘serangan’ Arsenal menyebabkan mereka terpaksa bertindak segera menandatangani Vlahovic.

Apabila Dusan Vlahovic menjadi bintang persembahan di Fiorentina, kebanyakan kelab besar di Eropah menaruh minat terhadap apa yang ditawarkan pemain antarabangsa Serbia itu.

Arsenal adalah antara salah sebuah kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada Januari lalu, setelah menyedari bahawa mereka memerlukan penyerang baharu.

Ini kerana, The Gunners pada ketika itu bakal kehilangan dua penyerang utama setelah Pierre-Emerick Aubameyang mendesak untuk meninggalkan pasukan dan Alexandre Lacazette pula berhasrat menamatkan kontraknya di Emirates.

Pemain antarabangsa Gabon itu kemudian meninggalkan Arsenal secara percuma untuk menyertai Barcelona ​​dan diikuti pemain Perancis itu enam bulan kemudian, dengan Lacazette kembali ke bekas kelabnya Lyon.

Advertisement

Pada ketika itu, bagaimanapun, ia sudah terlambat untuk Arsenal menandatangani Vlahovic, kerana Juventus telah meletakkan perjanjian yang sangat mahal berjumlah £73 juta untuk menjamin tandatangan Vlahovic pada pertengahan musim.

Mikel Arteta redha dengan perkara tersebut dan mula mengejar Gabriel Jesus, yang akhirnya menyaksikan Arsenal menandatangani penyerang Manchester City, yang telah bekerja dengan baik bersama pengurus The Gunners itu di Stadium Etihad.

Vlahovic, di pihak sana, walaupun telah menjaringkan gol, namun bergelut untuk memberikan persembahan dan prestasi mengagumkan sebagaimana ketika dia bersama Fiorentina di Turin.

Dia hanya menjaringkan 15 gol dalam 33 penampilan untuk Juventus di bawah Max Allegri.

Walaupun dia masih mencari gol, namun pasukan Serie A itu telah menunjukkan prestasi yang sangat rendah mengikut piawaian mereka sendiri, dengan mereka baru-baru ini tewas 2-0 kepada Milan dalam liga dan 2-0 kepada Maccabi Haifa dalam saingan Liga Juara-Juara pada hari Selasa.

Advertisement

Ini telah memaksa beberapa khabar angin lama untuk muncul semula dengan bisikan halus mengenai kemungkinan perpindahan keluar pemain itu dari Old Lady mula kedengaran.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengambil perhatian serius mengenai perkara tersebut.

Namun, keputusan Juventus untuk mendapatkan Vlahovic pada Januari lalu, tidak yang mana ia tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan mereka dari segi keputusan mula diperkatakan.

Wartawan Gazzetta dello Sport, Fabiana Della Valle telah memberikan temu bualnya kepada Numero Diez dan bercakap mengenai perkara tersebut.

Advertisement
Fabiana Della Valle

Della Valle telah menceritakan mengenai apa yang berlaku di belakang tabir pada 10 bulan lalu, kerana dia adalah individu pertama yang mengesahkan berita mengenai perbincangan perpindahan itu.

Dia berkata: “Ia adalah hari yang mengejutkan.

“Tidak dijangka langsung bahawa Juventus akan membuat pelaburan sebegini, terutamanya apabila anda mempertimbangkan kata-kata mereka yang bertanggungjawab pada hari-hari sebelum mereka.

“Ia mengambil masa beberapa hari sahaja untuk menjadi kenyataan, tetapi Juventus telah meletakkan perkara asas dengan ejen Serbia itu untuk memahami kemungkinan perjanjian itu.

“Juventus sepatutnya hanya akan bertindak pada musim panas, tetapi mereka takut dengan serangan Inggeris (Arsenal terutamanya).

Advertisement

“Faktor penentu ialah pembukaan [kesediaan] Fiorentina kepada penjualan pemain itu.

“Jika mereka berkata tidak, perjanjian itu tidak mungkin dapat dilakukan.

“Saya masih ingat kenyataan Daniele Prade [Pengarah Sukan Fiorentina] beberapa hari sebelumnya, dari situ saya faham bahawa sesuatu sedang berlaku.”

Oleh itu, nampaknya, minat tinggi Arsenal yang memaksa pihak Juventus untuk melakukan pembelian itu dengan segera, lebih awal daripada perancangan asal mereka, dengan perpindahan itu menghasilkan keputusan yang berbeza sejak itu.

Advertisement

Kerana Arsenal, Old Lady ‘terciduk’ dengan bayaran mahal untuk mendapatkan Vlahovic.