Connect with us

Arsenal

Minat Arsenal membuatkan ianya menjadi sukar.

Published

on

Minat Arsenal menjadikan perlumbaan menandatangani pemain menjadi lebih sukar kepada kelab Itali dengan bayaran perpindahan sekurang-kurangnya €45 juta.

Penyerang muda Atalanta jadi buruan.

Dua hari lalu, La Repubblica menyatakan Arsenal sedang memantau dengan teliti bintang Atalanta, Rasmus Hojlund.

Penyerang itu tiba di San Siro pada musim panas lalu dan berjaya menjaringkan 13 gol selain mencipta lima bantuan daripada 29 perlawanan, dalam semua pertandingan musim ini.

Persembahan cemerlangnya telah menarik perhatian Arsenal, Real Madrid, Borussia Dortmund dan Juventus, menurut Calciomercato.

Juve mahu menggantikan Vlahovic dengan Hojlund.

Dikalangan pasukan yang berminat, Juventus dikatakan paling serius apabila mereka dilaporkan telah mengadakan perbincangan mengenai potensi perpindahan dengan wakil pemain itu.

Pasukan Old Lady itu telah mengenal pasti pemain berusia 20 tahun itu sebagai sasaran untuk menggantikan Dusan Vlahovic, jika dia meninggalkan mereka selepas musim ini.

Advertisement

Atalanta membayar €15 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Denmark itu dan dia kini bernilai sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada apa yang dilaburkan oleh pasukan Gian Piero Gasperini itu ketika mendapatkan khidmatnya.

Laporan terdahulu mengatakan bahawa Atalanta tidak berminat untuk mengadakan perbincangan sekiranya tawaran yang diterima kurang daripada €50 juta.

Namun dengan penilaian dan minat daripada Arsenal, Real Madrid dan BVB, ia telah menyukarkan usaha Juventus untuk menandatanganinya.

Gergasi Itali itu yakin Hojlund adalah pengganti yang sempurna kepada Vlahovic, jika penyerang mereka itu memutuskan untuk meninggalkan Stadium Allianz musim panas ini.

Advertisement

Pada masa sama, Juventus sedar sasaran mereka untuk mendapatkan pemain Denmark itu kini jauh dari mudah untuk dicapai kerana minat yang ditunjukkan oleh Arsenal dan pihak lain.

Laporan Calciomercato yang menyatakan Juve berminat menggantikan Vlahovic.