Connect with us

Berita Perpindahan

Sasaran Arsenal sudah penat.

Published

on

Pemain sensasi yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal sudah habis bersabar, mulai penat dengan situasi mengecewakan.

Sejak minggu lalu, laporan yang keluar dari Sepanyol telah mengkreditkan Arsenal dengan minat terhadap Ansu Fati dari Barcelona.

Pada 8 Februari, La Vanguardia melaporkan The Gunners sedang melihat ke hadapan dan ini telah disokong oleh Cadena COPE selepas itu apabila mereka menyatakan kelab Utara London telah menghubungi ejennya untuk mengetahui situasi sebenar Fati di Camp Nou.

Manakala tiga hari lalu, Mundo Deportivo pula menjelaskan di mana pemain muda itu telah menerima tawaran daripada beberapa kelab besar seperti Arsenal dan Bayern Munich serta seteru Utara London, Tottenham.

Fati sudah penat dengan situasi mengecewakan di Camp Nou.

Pemain berusia 20 tahun itu diketepikan daripada kesebelasan utama Barcelona bagi kebanyakan perlawanan selepas Piala Dunia Qatar berakhir dan itu nyata mengecewakan Fati, yang terdesak untuk bermain.

Dengan perkembangan tersebut yang kelihatan semakin teruk, itu sudah pasti mengembirakan mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang muda Sepanyol itu.

Advertisement

Itu termasuklah Arsenal, yang dinamakan sebagai pelamar berpotensi untuknya dan itu sememangnya akan menggembirakan The Gunners apabila mengetahui situasi Fati di kelab Catalan itu tidak bertambah baik.

Sport menyatakan ini semua (perkembangan pemain itu) mula merisaukan pemain itu sendiri dan pihak sekelilingnya.

Fati bagaimanapun masih berharap Xavi Hernandez akan memberikannya peranan yang lebih menonjol pada musim ini, setelah kesabarannya semakin ‘nipis’ dan ‘mulai penat’ dengan situasinya.

Dia kini meletakkan sasarannya untuk memulakan perlawanan menentang Manchester United pada Khamis depan dan dua perlawanan [termasuk Copa del Rey] menentang Real Madrid pada bulan Mac nanti.

Advertisement

Jika tidak (perkara tersebut tidak berlaku), Sport menyatakan ‘semua senario boleh terbuka’ untuknya.

Jorge Mendes telah memaklumkan kepada Barca tentang kebimbangan pelanggannya itu dengan ejen itu juga telah memberitahu Blaugrana mengenai ketersediaan beberapa kelab Inggeris dan mereka boleh mengemukakan tawaran pada musim panas.

Sport tidak menamakan mana-mana pasukan, tetapi agak jelas bahawa Arsenal mungkin berada dalam gambaran kerana mereka telah berulang kali dikaitkan dengan Fati sejak kebelakangan ini.

Advertisement