DECLAN RICE SIFATKAN MALAM UCL DI EMIRATES PALING HEBAT
UCL UTAMA

DECLAN RICE SIFATKAN MALAM UCL DI EMIRATES PALING HEBAT

FabriMan 6 May 2026 266 tontonan 3 min baca
“Dari saat kami tiba hari ini, bas pasukan tiba-tiba berhenti dan kami tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Sebaik sahaja melihat kepulan suar dan ribuan penyokong di luar, seluruh pemain meremang bulu roma melihatnya dari tingkap. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan saya tidak pernah melihat Stadium Emirates berada pada tahap seperti itu sebelum ini,” ujar Rice dengan penuh emosi.

Perancang tengah Arsenal, Declan Rice, mengakui beliau hampir kehilangan kata-kata selepas merasai sendiri kehangatan malam bersejarah di Stadium Emirates yang menyaksikan pasukannya menewaskan Atletico Madrid 1-0. Bintang antarabangsa England itu mempamerkan aksi cemerlang di bahagian tengah bagi membantu The Gunners mara ke pentas final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama dalam tempoh dua dekad. Bagi Rice, ini merupakan malam terbaik yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar pemain Arsenal.

Rice memberikan pujian kepada para penyokong Arsenal yang telah mencetuskan suasana luar biasa, malah sebelum perlawanan bermula lagi. Beliau berkongsi detik di mana bas yang membawa pasukan terpaksa berhenti seketika sebelum memasuki stadium ekoran ribuan penyokong yang berhimpun dengan suar dan nyanyian. Detik tersebut diakui memberikan impak emosi yang sangat besar serta menaikkan semangat setiap pemain yang berada di dalam bas.

“Dari saat kami tiba hari ini, bas pasukan tiba-tiba berhenti dan kami tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Sebaik sahaja melihat kepulan suar dan ribuan penyokong di luar, seluruh pemain meremang bulu roma melihatnya dari tingkap. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan saya tidak pernah melihat Stadium Emirates berada pada tahap seperti itu sebelum ini,” ujar Rice dengan penuh emosi.

Menurut Rice, sokongan padu dan energy luar biasa daripada penyokong di stadium menjadi motivasi buat pemain untuk terus berlari walaupun dalam keadaan keletihan. Beliau percaya penyokong Arsenal yang telah melalui fasa pasang surut kelab sejak sekian lama berhak menikmati malam magis seperti ini. Kejayaan ini didedikasikannya khusus buat kelab, barisan pemain, pengurus dan seluruh komuniti penyokong yang sentiasa setia di belakang pasukan.

Di atas padang, barisan pemain Arsenal menterjemahkan sokongan padu tersebut dengan aksi yang cukup matang dan berdisiplin. Meskipun hanya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Bukayo Saka, kawalan permainan yang kemas memastikan gawang Arsenal jarang diancam bahaya oleh jentera serangan Atletico. Rice menyifatkan keupayaan mengekalkan ketenangan dalam situasi penuh tekanan sebagai bukti kematangan skuad kendalian Mikel Arteta.

Mengulas mengenai baki minit perlawanan yang mendebarkan, Rice mengakui tempoh tersebut dirasakan sangat panjang kerana setiap pemain sedar akan kepentingan slot ke final yang menjadi pertaruhan. Walaupun berasakan Arsenal mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menambah sekurang-kurangnya satu atau dua lagi gol, beliau tetap bersyukur kerana objektif utama untuk menang dan melangkah ke perlawanan akhir telah berjaya dicapai.

Kejayaan ini juga bermakna Arsenal bakal beraksi di pentas final buat kali pertama sejak tewas kepada Barcelona di Paris pada tahun 2006. Peluang untuk mencipta sejarah baharu sebagai juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab kini terbuka luas. Rice menegaskan bahawa beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan aksi terbaiknya pada perlawanan penentu itu nanti.

“Sangat gila apabila memikirkan kami kini berada di final. Bring it on! Saya akan pastikan diri saya bersedia sepenuhnya untuk hari tersebut,” tambah Rice lagi yang kelihatan sangat teruja untuk menghadapi perlawanan terbesar dalam karier kelabnya setakat ini. Beliau mahu setiap pemain mengekalkan fokus ini bagi memastikan impian menjulang trofi Champions League menjadi kenyataan.

Sebagai penutup, Rice sempat membuat seruan terbuka kepada seluruh penyokong Arsenal di seluruh dunia untuk "menawan" Budapest pada penghujung bulan ini. Beliau secara berseloroh meminta sekurang-kurangnya 200,000 penyokong The Gunners hadir bagi memberikan sokongan padu di Stadium Puskas bagi membantu pasukan merealisasikan misi menjulang kejuaraan sulung Eropah.

Iklan

Tags

#declan rice #arsenal ucl final #stadium emirates

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: