Dia memang 'brutal'!
Perkembangan Kelab UTAMA

Dia memang 'brutal'!

MyGooners 12 Oct 2025 93 tontonan 2 min baca
Mosquera akui latihan dengan Gyokeres buat dia makin ganas

Cristhian Mosquera, pertahanan muda Arsenal yang baru berpindah dari Valencia, tak sorok rasa kagum bila bercakap tentang rakan sepasukannya, Viktor Gyokeres.

Dalam temubual bersama akhbar AS di Sepanyol, Mosquera mengaku latihan menentang penyerang Sweden itu setiap hari di padang latihan Arsenal ibarat “kursus pantas jadi kebal”.

“Dia memang haiwan, ‘beast’. Latihan dengan dia buat pertahanan jadi lebih kuat.

"Di Valencia pun ramai pemain hebat, tapi dengan Gyokeres - tahapnya lain,” kata Mosquera sambil ketawa.

Gyokeres, yang dibeli dari Sporting Lisbon pada jendela perpindahan lalu, kini menjadi tonggak utama serangan Arsenal bersama Eberechi Eze dan Noni Madueke.

Gabungan tenaga dan kelajuan penyerang Sweden itu membuat Mosquera dan rakan-rakan benteng The Gunners sentiasa berada dalam mod berjaga-jaga.

“Setiap kali latihan, dia tekan kau dari awal sampai akhir.

"Kalau kau leka sikit, dia dah pusing dan rembat.

"Tapi dari situ lah kita belajar dan jadi lebih tajam,” tambah Mosquera.

Dari Valencia ke London

Mosquera, 21 tahun, menghabiskan lima tahun di akademi Valencia sebelum diserap ke skuad utama pada 2021. Musim panas lalu, dia membuat keputusan besar berpindah ke Arsenal selepas menerima panggilan peribadi daripada Mikel Arteta.

“Bila Arteta telefon, saya tak fikir panjang.

"Dari nada suara dia, saya tahu projek dia serius.

"Dia cakap saya sesuai dengan DNA Arsenal,” jelas Mosquera.

Setakat ini, Mosquera sudah membuat dua penampilan Liga Perdana dan masing-masing satu aksi dalam Liga Juara-Juara serta Piala EFL

Cabaran Liga Perdana

Mengulas perbezaan antara La Liga dan Liga Perdana Inggeris, Mosquera akui tempo permainan di England jauh lebih pantas dan fizikal.

“Premier League memang lain, tapi saya suka.

"Arteta selalu tanya saya selepas perlawanan, ‘penat tak?’ Tapi saya okay.

"Saya dibesarkan dengan bola Sepanyol, tapi semua orang cakap gaya saya sesuai untuk bola Inggeris - nampaknya mereka betul.”

Dengan Arsenal kini mendahului carta Liga Perdana dan dua kemenangan awal dalam Liga Juara-Juara, Mosquera yakin kelabnya mampu memburu semua kejuaraan musim ini.

“Kami nak sapu semua - Liga, Champions League, semua. Pasukan ni sangat kuat dan penuh semangat,” ujarnya yakin.

 

Iklan

Tags

#Cristhian Mosquera #Viktor Gyokeres #

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

TAK JANGKA LAIN PUN!
Perkembangan Kelab

TAK JANGKA LAIN PUN!

Bekas coach Sporting puji Gyokeres walau pernah clash dengan kelab!

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: