Real Madrid Ingat Dah ‘Confirm’
Berita EPL UTAMA

Real Madrid Ingat Dah ‘Confirm’

MyGooners 18 Sep 2025 244 tontonan 2 min baca
Madrid gigit jari – Pemain idaman kini jadi jentera tengah utama The Gunners.

Real Madrid sebenarnya antara kelab paling awal yang minat nak bawa Martin Zubimendi ke Bernabeu.

Faktor utama adalah Xabi Alonso, yang baru dilantik sebagai jurulatih Madrid musim ni, kenal rapat dengan Zubimendi sejak zaman akademi di Real Sociedad.

Ramai fikir reunion tu confirm jadi.

Arsenal ‘Potong Line’

Tapi bila semua orang sangka “done deal”, Madrid tiba-tiba  sepi tanpa berita mengenai minat mereka.

Arsenal pula datang masuk dengan tawaran yang serius.

Hasilnya, Zubimendi pilih untuk ke Emirates di bawah kendalian Mikel Arteta.

Impak Awal di Arsenal

Tak ambil masa lama, Zubimendi dah tunjuk kualiti dia.

Main setiap minit dalam Liga Perdana setakat ni dan terbaru ledak dua gol dalam kemenangan 3-0 lawan Nottingham Forest.

Media Sepanyol siap cakap Madrid sekarang ada rasa “cemburu” tengok prestasi dia.

Madrid Menyesal

Laporan Marca menyatakan ada penyesalan dalam kem Madrid sebab lepaskan peluang ambil pemain tengah berusia 26 tahun ni.

Lagi pedih bila apa yang Zubimendi buat sekarang, kawal tempo, rajin pressing dan ada kreativiti.

Ini semua memang jenis kualiti yang Madrid tengah cari.

Kini, nama Martín Zubimendi makin meniti di bibir penyokong Arsenal, manakala di Bernabeu hanya tinggal rasa kesal kerana terlalu lambat bertindak.

Apa yang jelas, keputusan Madrid ‘yang sepi’ beri ruang untuk Arteta menerima jackpot besar kepada nadi tengah The Gunners.

Bagi Madrid, peluang mungkin sudah berlalu.

Tapi bagi Arsenal, inilah bukti mereka bukan lagi pasukan yang sekadar melengkapkan jadual tapi mereka kini mampu mencuri bintang idaman gergasi Eropah dan menjadikannya senjata utama dalam misi rebut kejuaraan.

Arsenal ketawa puas, Madrid hanya mampu melihat.

Iklan

Tags

#Real Madrid #Arsenal #Martín Zubimendi

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: