Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Joel Matip terlepas baki perlawanan musim ini

Published

on

Pemain pertahanan Liverpool Joel Matip dijangka akan terlepas baki perlawanan musim ini kerana mengalami kecederaan kaki.

Matip mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi menentang Everton (berkesudahan seri tanpa jaringan) dalam perlawanan pertama Liverpool selepas Liga Perdana Inggeris bersambung semula.

Pemain pertahanan tengah ini tidak terlibat dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada 24 Jun, yang menyaksikan pasukannya menang selesa 4-0, dan dia akui dia mungkin tidak akan bermain lagi dalam baki kempen ini.

Advertisement

“Saya tidak akan kembali ke atas padang pada musim ini tetapi untuk musim hadapan, saya harap boleh kembali lebih awal untuk membantu pasukan,” katanya kepada website rasmi kelab.

Liverpool masih mempunyai baki tujuh perlawanan musim ini dan juara baru Liga Perdana Inggeris ini dalam perjalanan untuk memecahkan beberapa rekod liga, termasuk kutipan mata tertinggi.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp kini sudah mengumpul 86 mata dan memerlukan lima kemenangan dari tujuh perlawanan tersebut untuk mengatasi rekod terkini iaitu 100 mata, yang dibuat oleh Manchester City pada musim 2017/18.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada hari Khamis di Stadium Etihad.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply