Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Trent Alexander-Arnold mahu menjadi kapten Liverpool

Published

on

Pemain lepasan akademi Anfield ini berazam mahu menjadi seorang ketua untuk the Reds pada masa akan datang.

Trent Alexander-Arnold sudah menyatakan cita-citanya untuk menjadi kapten di Liverpool dan mahu menunjukkan tahap cita-citanya sama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Baru berusia 21 tahun, masa seperti memihak kepada pemain muda ini sambil dia terus mengukir reputasi sebagai salah seorang pemain bek kanan terbaik di Eropah.

Advertisement

Dia, walaubagaimanpun, dalam perjalanan untuk menjadi seorang pemimpin atas padang di Anfield dan salah seorang eksponen terbaik di posisi bermainnya sekarang yang pernah disaksikan dalam liga teratas bolasepak Inggeris.

Anak jati Merseyside ini sudah pun memainkan peranan penting dalam kejayaan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, dan pantas membuat kemajuan sejak melangkah keluar dari akademi the Reds.

Alexander-Arnold tidak berputus asa, dengan menyesuaikan diri dengan mentaliti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk mengecapi lebih banyak kejayaan.

“Menjadi kapten Liverpool memberikan saya motivasi setiap hari,” Alexander-Arnold beritahu The Telegraph.

Advertisement

“Ianya sesuatu yang saya mahu kecapi. Sudah tentu ianya bukan keputusan saya, tetapi jika saya tidak berjaya sebelum karier saya tamat, saya akan berada kecewa. Saya sentiasa memikir tentang perkara itu.

“Samaada ia menjadi atau tidak, saya rasa ia tugas saya di Liverpool untuk menjadi pemain contoh. Saya sentiasa cuba melakukannya sekarang – menjadi pemain contoh kepada pemain-pemain muda selepas saya.

“Saya berasa kukuh kerana saya sebahagian dari pasukan di mana semua orang berpengaruh dan membantu satu sama lain. Inilah yang dilakukan oleh seorang kapten. Mereka mengetuai dan membawa pihaknya melalui saat-saat sukar, dan memberi motivasi kepada para pemain yang bersamanya.

“Benda yang sama jika kamu lihat pada Ronaldo dan Messi. Kamu tidak pernah melihat mereka bersenang-lenang. Ronaldo sudah memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. Jika kamu tanya dia adakah dia berpuas hati dengan itu, dia akan berkata, ‘Sedikitlah, tetapi saya mahu tambah satu lagi.’

Advertisement

“Sebagai seorang atlit, sudah tentu pelik jika kamu tidak mempunyai sifat berdaya saing. Kamu perlukan matlamat dan cita-cita.

“Untuk dua musim lepas, cita-citanya adalah untuk memenangi trofi terbesar dan untuk Liverpool, trofi tersebut adalah Liga Perdana Inggeris. Sungguh sukar untuk dihadap kerana hampir memenanginya musim lepas. Musim depan juga akan sama. Ianya satu reaksi semulajadi untuk kami sebagai pemain untuk terus berusaha mencapai apa yang masih belumn dicapai oleh orang lain.”

Tetapi ia bukan kejayaan ketara yang mendorong Alexander-Arnold dan mengisi cita-citanya.

Ada perdebatan untuk mengubahnya ke posisi pemain tengah, selepas cemerlang dalam membuat bantuan gol dari sebelah sayap, tetapi dia mahu mengatasi pemain legenda Manchester United Gary Neville sebelum membuat pertimbangan mengubah posisi bermain.

Advertisement

“Saya memikirkan bagaimana saya boleh menjadi pemain bek kanan terbaik yang pernah disaksikan Liga Perdana Inggeris,” tambahnya lagi.

“Apabila seseorang memilih pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris, saya mahu nama saya yang dipilih dan bukan dia!”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply