Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Andres Villas-Boas akan membuat debut Kejohanan Rali Dunia

Published

on

Tiga tahun selepas bersaing dalam Rali Dakar, bekas jurulatih Zenit ini bersedia untuk beraksi kembali di negara kelahirannya.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Chelsea Andres Villas-Boas akan membuat debut dalam Kejohanan Rali Dunia selepas menyertai pertandingan tersebut di Portugal.

Villas-Boas, 43 tahun, tidak mempunyai pekerjaan sejak February lepas selepas berpisah dengan Marseille dalam keadaan yang tegang.

Dia mengambil peluang ini untuk mendalami sukan yang lain, dan sedang bersedia untuk memandu Citroen C3 di negara kelahirannya.

Advertisement

Villas-Boas telah lama meminati sukan permotoran, terutama terhadap variasi luar-jalan. 

Pada tahun 2018, pengurus Portugal ini membuat debut dalam Dakar Rally yang terkenal menggunakan kenderaan Toyota Hilux, walaupun dia mengalami pengalaman yang kurang baik.

Dia terpaksa berundur di peringkat keempat di Peru selepas mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang, beritahu BBC Sport: “Tidak ada yang patah, yang menjadi kerisauan utama.

“Malangnya saya tidak meneruskan tetapi ia sebahagian daripada Dakar.”

Advertisement
Andre Villas-Boas (kanan) semasa beraksi di Rali Dakar 2018

Seterusnya Villas-Boas mengambil bahagian dalam rali amal pada awal tahun 2021, tetapi yang kali ini akan menjadi pengalaman pertamanya dalam pertandingan elit.

Dia akan bersaing dalam kategori WRC3, peringkat ketiga kejuaraan untuk kereta persendirian.

Bekas pembantu Jose Mourinho di Porto ini telah merasai pelbagai nasib dan pengalaman sejak mengambil tugas pertamanya sebagai ketua jurulatih di Academica pada usia 32 tahun.

Dia telah menjulang kejuaraan bersama Porto dan Zenit, tetapi bergelut untuk memberikan kesan yang sama dalam dua tempoh pengurusan di Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Pekerjaan terakhirnya di Perancis mula tegang di awal tahun ini selepas dia mengumumkan perletakan jawatannya semasa sidang media kerana tidak bersetuju dengan keputusan lembaga pengarah kelab dalam pembelian Olivier Ntcham.

Advertisement

Marseille membalas dengan memecat jurulatih mereka itu, dan digantikan dengan bekas jurulatih Argentina Jorge Sampaoli.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply