Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Zlatan Ibrahimovic kembali ke skuad kebangsaan Sweden

Published

on

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic keluar dari persaraan antarabangsa menjelang perlawanan antarabangsa minggu ini menentang Georgia dan Kosovo.

Zlatan Ibrahimovic telah dipanggil semula untuk menyertai skuad Sweden untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Ibrahimovic tidak bermain untuk negaranya sejak mengumumkan persaraan dari bolasepak antarabangsa pada 2016, tetapi kini telah dimasukkan ke dalam skuad terkini bimbingan Janne Andersson.

Penyerang berusia 39 tahun akan menyertai Sweden bulan ini di waktu permulaan misi mereka untuk ke Qatar 2022, dengan Andersson sangat gembira mengalukan kembali pemain ini ke dalam pasukan.

Advertisement

Ditanya apakah yang akan dibawa oleh Ibrahimovic ke dalam pasukan selepas mengumumkan senarai pemainnya pada hari Selasa, Andersson memberitahu para wartawan: “Pertama sekali, dia seorang pemain bolasepak yang sangat bagus, yang terbaik di Sweden. 

“Sudah tentu melucukan yang dia mahu kembali. 

“Tambahan dari sumbangan yang akan diberikan di atas padang, dia mempunyai pengalaman yang luas dan menyumbang kepada pemain-pemain lain di dalam pasukan.”

Sementara itu, Ibrahimovic mengesahkan keputusannya untuk keluar dari persaraan menerusi media sosial, memuat naik gambarnya bermain untuk Sweden di Twitter dengan caption: “The return of the God.”

Advertisement

Ibrahimovic membuat debut untuk Sweden pada 2001, dan sudah mendapat 116 caps antarabangsa, dan sepanjang itu dia telah membuat penampilan dalam dua edisi Piala Dunia dan empat edisi Kejuaraan Eropah.

Bekas penyerang Manchester United ini memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam sejarah Sweden dengan 62 gol, dan mempunyai peluang untuk menambah jumlah jaringan tersebut jika dia dinamakan dalam kesebelasan utama Andersson menentang Georgia pada 25 Mac ini.

Advertisement