Connect with us

Everton

Wayne Rooney tolak pendekatan Everton untuk menjadi pengurus mereka.

Published

on

“Saya masih ada kerja untuk diselesaikan di Derby” – Wayne Rooney.

Rooney menyifatkan ia satu keputusan yang sangat sukar untuk menolak kelab zaman kanak-kanaknya dan memihak untuk kekal bersama Derby, yang berjuang untuk kekal wujud dalam dunia bolasepak.

Everton dilaporkan sedang mengadakan perbincangan terakhir dengan tiga calon berpotensi, tetapi Rooney tidak akan menjadi salah seorang daripada mereka selepas menolak pendekatan daripada bekas pasukannya itu.

Wayne Rooney telah mendedahkan bahawa dia menolak usaha Everton selepas mereka menawarkannya peluang untuk kembali ke Goodison Park sebagai pengurus baharu kelab itu.

Bercakap pada sidang media pra-perlawanan mingguannya, Rooney berkata, “Everton mendekati ejen saya dan meminta saya untuk menghadiri temuduga bagi jawatan kosong, yang saya tolak.”

Advertisement

Kelab Merseyside itu kini dilaporkan dalam perbincangan terakhir dengan bekas pengurus Porto, Vitor Pereira, Frank Lampard dan Duncan Ferguson mengenai kemungkinan mengambil tugas itu, berikutan pemecatan Rafael Benitez awal bulan ini.

Duncan Ferguson menjadi caretaker Everton sebanyak dua kali, 2019 dan 2022 (kini).

Ferguson kini mengetuai pasukan dalam peranan sebagai pengurus sementara (caretaker), tetapi baru-baru ini dia telah menyuarakan bahawa dia tidak fikir dia mempunyai pengalaman yang sesuai untuk mendapatkan tugas itu secara sepenuh masa.

Everton berada di tangga ke-16 dalam Liga Perdana Inggeris dan gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam aksi liga sejak awal Disember.

Rooney pastinya akan menerima sambutan wira di Goodison Park, selepas memulakan karier awalnya sebagai pemain bolasepak yang luar biasa bersama kelab itu, sebelum kembali untuk tempoh kedua, yang berakhir pada 2018.

Penjaring terbanyak England sepanjang zaman enggan menolak untuk kembali bekerja dengan kelab zaman kanak-kanaknya, tetapi menegaskan sekarang bukan masa yang sesuai.

Advertisement

“Saya percaya saya akan menjadi pengurus Liga Perdana dan saya percaya saya sudah bersedia untuk itu 100 peratus, dan jika itu bersama Everton suatu hari nanti ia pasti hebat”, katanya.

I’ve got a job here to do at derby county which is an important job to me

Masalah yang dihadapi Everton itu tidaklah begitu berat jika dibandingkan dengan tugas yang dihadapi Rooney bersama Derby ketika ini.

Mereka bukan sahaja ketinggalan lapan mata daripada zon selamat dalam Kejuaraan, tetapi mereka juga berdepan prospek sebenar untuk berkubur selepas mengalami masalah kewangan yang tenat.

Kelab itu telah berada dalam pemerhatian selama empat bulan dan diberi masa sehingga awal Februari untuk memberikan bukti keupayaan mereka dalam sudut kewangan kepada Liga Bola Sepak Inggeris, bagi memastikan kelab itu dapat diteruskan sehingga akhir musim.

Advertisement

Pihan pengurusan di Pride Park telah diberi lebih masa, dengan tarikh akhir dilanjutkan selama sebulan untuk membolehkan perbincangan lanjut diadakan dengan bakal pelabur.

Memandangkan kemelut dengan kelabnya sekarang, Rooney boleh dimaafkan sekiranya mahu menyertai semula Everton namun dia mengakui ia adalah senario yang sukar untuk dihadapi.

“Mereka berhubung dengan ejen saya dan ejen saya juga memberitahu pohak pengurusan.

“Sudah tentu ia adalah keputusan yang sangat sukar bagi saya”, katanya.

Advertisement

Selepas menamatkan sebarang spekulasi, Rooney kini akan menyiapkan pasukannya untuk pertembungan liga menentang Birmingham yang dijadualkan berlangsung esok, jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Siapakah yang akan menjadi pengurus baharu Everton?