Connect with us

Arsenal

Chelsea juga mahukan Douglas Luiz.

Published

on

Seteru London Arsenal, Chelsea menyertai perlumbaan untuk menandatangani pemain tengah Aston Villa.

Chelsea dilaporkan telah menyertai The Gunners dalam perlumbaan untuk mendapatkan pemain tengah Aston Villa, Douglas Luiz.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi subjek perpindahan The Gunners pada saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas, namun perkara tersebut gagal menjadi kenyataan.

Arsenal dilaporkan telah melihat tiga bidaan yang dilakukan mereka ditolak Villa, termasuk tawaran terakhir berjumlah £25 juta.

Villa tidak mahu melepaskan pemain Brazil itu walaupun menyedari bahawa mereka mungkin akan kehilangannya secara percuma, dengan pasukan Steven Gerrard menuntut antara £30 hingga £40 juta.

Advertisement

Masa depan Luiz di Villa Park ketika ini masih menjadi tanda tanya setelah pemain tengah itu mempunyai baki kontrak kurang daripada 12 bulan, dengan kontrak semasanya akan tamat pada 30 Jun 2023.

Bekas pemain Manchester City itu dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana kelab bagi perjanjian pra-kontrak mulai Januari depan dan seterusnya, sekiranya dia memutuskan untuk tidak menandatangani perjanjian baharu bersama Villa.

Laporan baru-baru ini mendakwa bahawa Arsenal bersedia untuk menghidupkan semula minat mereka terhadap Luiz apabila jendela perpindahan Januari dibuka.

Mikel Arteta dilaporkan berminat untuk memberikan persaingan sihat secara dalaman di bahagian tengah untuk Thomas Partey dan Granit Xhaka.

Advertisement

BACA: Keutamaan Arsenal adalah pada Nombor 6 yang tidak dirancang.

Walau bagaimanapun, Birmingham Live melaporkan bahawa The Gunners akan menghadapi saingan daripada Chelsea yang kini dibawah kendalian Graham Potter.

Potter difahamkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah baharu untuk mengukuhkan pasukannya menjelang Tahun Baharu.

The Blues telah membelanjakan lebih daripada £250 juta untuk membawa masuk beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas.

Advertisement

Namun, difahamkan bahawa mereka kini sedang mencari kekuatan baharu untuk jentera tengah mereka bermula tahun 2023, dengan kedua-dua pemain sedia ada mereka, N’Golo Kante dan Jorginho telah pun berusia 30-an.

Pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly didakwa tertarik dengan prospek merekrut Luiz dengan harga yang murah selepas berbelanja besar sepanjang musim panas.

Sejak menyertai Villa pada 2019, Luiz telah membuat 118 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan, menjaringkan tujuh gol dan mencipta lapan bantuan.

Tetapi tempatnya dalam kesebelasan utama Villa mulai terancam musim ini berikutan ketibaan pemain baharu, Boubacar Kamara.

Advertisement

Seperti Luiz, kedua-dua Kante dan Jorginho akan menamatkan kontrak semasa mereka pada Jun 2023 dan kedua-dua pemain tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stamford Bridge.

Laporan baru-baru ini mendakwa bahawa Kante telah menolak tawaran pembaharuan dua tahun dari Chelsea, dengan pemain Perancis berusia 31 tahun itu bertegas dengan pendirian untuk mendapatkan perjanjian jangka panjang, lebih daripada apa yang ditawarkan The Blues.

Sementara itu, Jorginho yang berusia 30 tahun dilaporkan telah menarik minat Barcelona, malah turut berpotensi untuk kembali ke Serie A juga.

Kante hanya beraksi dua kali untuk Chelsea setakat musim ini ekoran kecederaan, manakala Jorginho pual telah membuat lapan penampilan dalam semua pertandingan, termasuk barisan permulaan dalam perlawanan pertama Potter yang mengambil alih peranan di Stamford Bridge minggu lalu.

Perlawanan pertama Potter menyaksikan The Blues seri 1-1 dengan Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara.

Advertisement