Connect with us

Arsenal

Zinchenko secara peribadi memaklumkan kepada pengurus pasukan kebangsaan.

Published

on

Pemain pertahanan Arsenal itu secara peribadi memaklumkan berita malang mengenai kecederaannya kepada pengurus pasukan kebangsaan Ukraine.

Oleksandr Zinchenko terpaksa disisihkan ketika pertembungan Arsenal menentang Brentford hujung minggu lalu.

Pemain antarabangsa Ukraine itu mengalami kecederaan betis ketika berlatih bersama The Gunners dan ini menyebabkan dirinya terlepas perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bersama pasukan negaranya.

Perkembangan itu menyaksikan Zinchenko akan terlepas aksi bersama Ukraine untuk dua perlawanan iaitu, menentang Scotland dan Armenia akhir bulan ini.

Perkara mengenai Zinchenko tidak akan beraksi bersama pasukan kebangsaan negaranya itu telah disahkan oleh Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF).

Advertisement

Mereka juga mendedahkan bahawa pemain Arsenal itu telah menghubungi pengurus pasukan kebangsaan, Oleksandr Petrakov dan memaklumkan secara peribadi berita malang mengenai kecederaan terbarunya itu.

UAF juga telah menyatakan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan diketepikan selama dua minggu dan ini juga bermakna Zinchenko mungkin akan terlepas satu perlawanan bersama Arsenal.

Kenyataan UAF: “Pemain tengah pasukan kebangsaan Oleksandr Zinchenko, malangnya, tidak akan dapat membantu biru-kuning untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA 2022-2023 September ini.

“Pemain dari pasukan Arsenal itu mengalami kecederaan otot betis semasa latihan di kelab itu, yang memerlukan kira-kira dua minggu untuk rawatan dan pemulihan.

Advertisement

“Oleksandr segera memaklumkan secara peribadi kepada pengurus pasukan kebangsaan Ukraine, Oleksandr Petrakov, mengenai berita malang itu dengan menghubunginya.”

Arsenal akan menentang Tottenham Hotspur dalam pertembungan derby Utara London pada 1 Oktober (selepas rehat antarabangsa), dan Zinchenko dijangka tidak sempat pulih sepenuhnya untuk perlawanan tersebut, yang dijadulkan berlangsung di Stadium Emirates.

Arsenal menandatangani bek kiri itu dari Manchester City pada musim panas baru-baru ini dengan bayaran perpindahan mencecah £30 juta.

Setakat ini, Zinchenko telah membuat lima penampilan dalam semua pertandingan untuk Arsenal.

Dan dia turut mengalami dua kecederaan untuk musim ini, setakat ini.

Advertisement

Kecederaan pertama Zinchenko bersama Arsenal hadir pada Ogos lalu apabila dia mengalami kecederaan lutut, namun kembali beraksi dalam kekalahan 3-1 Arsenal kepada Manchester United di Old Trafford.

Bagaimanapun pada 16 September, dia sekali lagi mengalami kecederaan dengan kali ini pada betisnya, yang dialami ketika menjalani latihan bersama pasukan The Gunners.

Semoga cepat sembuh Zinchenko.

Kesebelasan utama The Gunners ketika menentang Brentford dengan Tierney kembali dalam skuad permulaan.

Advertisement