Connect with us

Arsenal

Arsenal kembali ke puncak.

Published

on

Penalti Bukayo Saka menyelesaikan pertemuan mendebarkan dan meletakkan Arsenal kembali di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Liverpool di Stadium Emirates.

Arsenal bermula dengan sempurna apabila Gabriel Martinelli meletakkan The Gunners di depan hanya selepas 58 saat, tetapi Liverpool bertindak balas dengan baik dan penyerang mereka, Darwin Nunez menyamakan kedudukan apabila dia menyambut untuk penyudah kepada hantaran lintang Luis Diaz selepas 34 minit berlangsung.

Saka kembali meletakkan Arsenal di depan pada masa tambahan separuh masa pertama dengan gerakan menarik Martinelli melepasi beberapa pemain lawan selepas The Gunners mematahkan serangan balas Liverpool untuk penyerang muda The Gunners itu menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

Liverpool sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan hanya lapan minit selepas rehat apabila pemain gantian Roberto Firmino, menggantikan Diaz yang cedera, merembat melepasi penjaga gol Aaron Ramsdale.

Liverpool, yang merasakan mereka dinafikan penalti setelah bola didakwa terkena pemain pertahanan Arsenal pada separuh masa pertama, merasakan tidak adil sekali lagi apabila Thiago Alcantara dihukum kerana menjatuhkan Gabriel Jesus ketika perlawanan berbaki 14 minit, dengan Saka tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kemenangan dan gol kedua peribadinya pada perlawanan ini.

Advertisement

Kehebatan terbesar Arsenal

Arsenal membayangkan kematangan dan kemajuan mereka apabila berjaya mengatasi Tottenham dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi kemenangan ini adalah isyarat terbesar bahawa mereka sedang menuju ke arah yang betul di bawah pengurus Mikel Arteta.

The Gunners bermula sepantas kilat dengan gol Martinelli itu tetapi apa yang lebih menggembirakan Arteta ialah cara Arsenal bertindak balas terhadap dua gol penyamaan Liverpool, bersatu dan mengumpulkan diri dengan semangat juang, tidak patah semangat untuk kembali di depan dan akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

Pada masa lalu, mentaliti Arsenal dilihat begitu rapuh tetapi di sini mereka menunjukkan kekuatan dan ketabahan dalam mempamerkan keberanian mereka menentang Liverpool, pasukan yang telah membiasakan diri mereka untuk mengalahkan The Gunners sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Martinelli cemerlang untuk Arsenal, menyiksa pertahanan Liverpool sepanjang usahanya ketika menjaringkan gol pertama, kemudian mengetuai jaringan yang menyaksikan Saka memulihkan kelebihan The Gunners pada separuh masa pertama.

Penalti yang menentukan perlawanan itu menimbulkan kemarahan Liverpool tetapi Saka menunjukkan keyakinan dan ketenangan untuk melangkah ke hadapan menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Alisson.

Stadium Emirates kini membawa perasaan baharu dengan sokongan sebenar di belakang Arsenal dan pengurus mereka, yang telah menyatukan gabungan pemain muda dan pengalaman yang mengagumkan.

Advertisement

Itu jelas menunjukkan perkara yang lebih besar akan datang untuk pasukan ini.

Liverpool layu sekali lagi.

Liverpool telah mempemerkan tabiat buruk mereka untuk ketinggalan dalam perlawanan, selalunya pada awal-awal perlawanan lagi dan ia adalah tanda buruk kelemahan mereka musim ini.

Arsenal mengambil masa kurang dari satu minit untuk membelasah pasukan pelawat dengan pemain muda Brazil, Martinelli memenangi pertarungan pertamanya dengan Trent Alexander-Arnold untuk meletakkan pasukan Jurgen Klopp ketinggalan serta-merta.

Liverpool menunjukkan semangat mereka untuk bangkit dua kali tetapi kini bayangan mereka sebagai pasukan pencabar mula dipertikaikan.

Kedudukan mereka selaku kuasa besar Liga Perdana Inggeris musim ini dilihat goyah dalam mencabar dan menempatkan diri di kalangan tempat empat teratas.

Mereka mudah diserang dan dibolosi terlalu banyak gol, dengan Alexander-Arnold bergelut teruk, walaupun dia dikeluarkan pada separuh masa mungkin berpunca daripada kecederaan buku lali yang dialaminya apabila dia cuba menghalang hantaran lintang Martinelli ketika melakukan cabaran pada separuh masa pertama.

Advertisement

Pemain pertahanan tersohor Liverpool, Virgil van Dijk kelihatan longlai jika dibandingkan pada saat-saat awal dia menjejakkan kaki di Anfield, manakala keseimbangan di bahagian tengah Liverpool juga kelihatan tidak betul.

Dalam serangan, Mohamed Salah terdesak. Ia mengejutkan untuk melihat penyerang Mesir itu digantikan memandangkan kemampuannya untuk mencipta gol, tetapi dia bagaikan van Dijk yang kehilangan bisanya setelah memperbaharui kontrak bersama The Reds.