Connect with us

Arsenal

Klopp sangat menghormati Arteta.

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sangat menghormati pengendali The Gunners menjelang pertemuan kedua-dua pasukan minggu ini.

Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta sedang menikmati saat-saat menakjubkan dan mendapat perhatian tinggi manakala pengurus Liverpool, Jurgen Klopp penuh dengan pujian menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris malam esok.

Projek Arteta sedang berkembang pesat setelah hampir tiga tahun pengurus muda Sepanyol itu mengambil alih peranan penting di Arsenal pada 20 Disember 2019.

Berikutan jendela perpindahan musim panas yang produktif, Arsenal kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 21 mata selepas mengharungi lapan perlawanan pertama liga.

Sebaliknya, juara 2019/20 itu telah bergelut untuk mencari prestasi terbaik mereka selepas pemergian Sadio Mane ke Bayern Munich.

Advertisement

Liverpool menuju ke perlawanan esok dengan hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan liga mereka.

Bagaimanapun, kemenangan 2-0 The Reds ke atas Rangers dalam saingan Liga Juara-Juara pada Selasa lalu, memberi harapan kepada Klopp bahawa pasukannya itu mampu mencari rentak baharu.

Jurgen Klopp sangat menghormati Mikel Arteta.

Sudah pasti pasukan pelawat pada hari Ahad nanti (esok) perlu mempamerkan persembahan cemerlang sekiranya mereka mahu meninggalkan Stadium Emirates dengan tiga mata.

The Reds sering kelihatan terputus-putus ketika mereka melancarkan serangan, terputus hubungan dan tidak berfungsi dengan baik musim ini.

Advertisement

Dan Klopp sedar betapa sukarnya tugasan mereka yang akan datang, terutamanya esok ketika berdepan Arsenal.

Ketika pengurus Jerman itu bergelut menghadapai tentangan Arsenal di Anfield musim lalu, Klopp bagaimanapun sangat menghormati pasukan The Gunners.

Menjelang perlawanan Ahad ini, Klopp tampil dengan penuh pujian terhadap pasukan muda Mikel Arteta itu.

“Pasukan muda, sangat mengujakan. Mereka berada dalam kedudukan mereka, memang layak,” kata Klopp.

Gabriel Martinelli telah menarik perhatian warga Jerman itu.

Advertisement

Pada tahun 2019, Klopp menggelar pemain Brazil itu sebagai “bakat abad ini” dan dia masih peminat tegar pemain sayap Arsenal itu

“Martinelli… Saya sangat teruja dengannya, dia telah menjadi pemain seperti yang saya jangkakan”

Pengurus Liverpool itu juga memilih Bukayo Saka, Gabriel Jesus, dan Martin Odegaard dalam sidang media pra-perlawanan pada hari Jumaat serta dengan jelas memberikan rasa hormatnya kepada pengendali The Gunners itu.

Arsenal bergelut dengan hebat menentang The Reds sejak Klopp mengambil alih jawatan pengurus di Anfield pada tahun 2015.

Advertisement

The Gunners hanya memenangi satu daripada 13 pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool, yang sering mempamerkan kelas tersendiri, yang jauh lebih hebat.

Bagaimanapun, esok akan menjadi perlawanan penting dalam mengukur sejauh mana kemampuan Arsenal di bawah kendalian Arteta untuk mengatasi perkara itu, dengan ramai pihak yakin bahawa kemenangan di tempat sendiri dapat dicapai The Gunners.