Arsenal & Dortmund Berebut Lucien Agoume!
Transfer Rumours UTAMA

Arsenal & Dortmund Berebut Lucien Agoume!

MyGooners 19 Sep 2025 231 tontonan 1 min baca
Midfielder Sevilla Jadi Rebutan, Harga Boleh ‘Meletup’

Arsenal dilaporkan sudah mula bergerak untuk mendapatkan Lucien Agoume, pemain tengah milik Sevilla yang kini jadi rebutan ramai gergasi Eropah.

Pemain berusia 23 tahun itu awalnya dipinjam dari Inter Milan pada Januari 2024 sebelum Sevilla jadikan perpindahan tersebut kekal dengan bayaran tambahan sekitar €4 juta.

Musim lalu, Agoume beraksi 37 perlawanan dengan kebanyakannya sebagai pemain tengah bertahan, tapi musim ini jurulatih Matias Almeyda meletakkannya lebih ke hadapan di tengah padang. 

Hasilnya, dia sudah meledak 1 gol daripada 4 aksi La Liga.

Arsenal & Dortmund Pantau Rapat

Media Sepanyol, Vamos Mi Sevilla FC mendedahkan bahawa Arsenal dan Borussia Dortmund sudah lama menghantar ejen untuk menilai prestasi Agoume, malah laporan yang diterima kedua-dua kelab itu sangat positif.

Juga difahamkan kedua-duanya pernah membuat pendekatan melalui orang tengah pada musim panas lalu.

Kontrak Panjang, Tapi Sevilla Nampak Duit

Agoume mempunyai kontrak hingga 2028, namun Sevilla melihatnya sebagai “aset jualan besar” seterusnya ia adalah sesuatu yang boleh menguntungkan Arsenal, Dortmund dan mana-mana kelab lain yang berminat.

Jika trend prestasi ini berterusan, perpindahan mega pemain Perancis itu mungkin akan meletup pada jendela perpindahan akan datang.

Iklan

Tags

#Lucien Agoume #Arsenal #Dortmund #Sevilla

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: