Arsenal kelab terakhir saya di luar negara
Berita Perpindahan UTAMA

Arsenal kelab terakhir saya di luar negara

MyGooners 14 Oct 2025 76 tontonan 2 min baca
Bintang Arsenal ulang lagi hasrat balik ke Brondby

Christian Norgaard sekali lagi tegaskan impian sebenar dia — nak balik kampung dan tamatkan karier di Brondby. 

Pemain tengah Denmark tu, yang baru je sertai Arsenal dari Brentford musim panas lepas, ada kontrak sampai 2027 (dengan option setahun lagi). Tapi dalam hati dia, Brondby tetap rumah sebenar. 

Norgaard pernah main untuk Brondby dari 2013 hingga 2018, malah menang Piala Denmark 2017/18 bersama kelab tu.

Minggu lepas dia dah cakap Arsenal akan jadi kelab terakhirnya di luar negara dan kali ni dia ulang sekali lagi dengan lebih tegas.

“Bila saya balik ke Denmark nanti, hanya Brondby.

"Saya ada hubungan istimewa dengan kelab tu masa saya main dulu.

"Sebab tu saya tak boleh bayangkan diri saya main untuk mana-mana kelab Denmark lain,” katanya kepada Ekstra Bladet.

Sebelum sampai ke Arsenal, Norgaard sempat berkelana ke Fiorentina dan Brentford, lepas meninggalkan Brondby pada 2018.

Sekarang, fokus dia sepenuhnya pada skuad Mikel Arteta, dengan dua penampilan setakat ni.

Tapi bila masa tu tiba, nampaknya tak ada kelab lain yang mampu rebut hati dia selain Brondby

“Saya boleh jamin Arsenal akan jadi kelab terakhir saya di luar negara.

"Saya masih nak balik ke Brondby bila kontrak saya di Arsenal tamat.

"Kontrak saya dua tahun dengan pilihan untuk tambah setahun lagi,” katanya.

Pemain tengah Denmark tu juga tak tutup pintu untuk kekal lebih lama di bawah bimbingan Arteta jika semuanya berjalan lancar.

“Saya gembira kalau dapat kekal di Arsenal untuk tahun tambahan kalau semuanya berkembang ke arah tu.

"Tapi kalau sebaliknya - kalau ia bukan padanan yang sesuai - kami akan balik ke Denmark selepas dua tahun.”

Sekarang dia jelas ada dua misi - bantu Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu hari nanti, kembali ke rumah sebenar di Brondby. 

Iklan

Tags

#Brondby #Christian Norgaard #Arsenal

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: