Arsenal ‘kunci pintu’ buat Trossard.
Transfer News UTAMA

Arsenal ‘kunci pintu’ buat Trossard.

MyGooners 7 Sep 2025 190 tontonan 1 min baca
The Gunners ‘kunci pintu’ buat Trossard – Besiktas tak mampu penuhi harga.

Usaha Besiktas untuk membawa masuk Leandro Trossard dari Arsenal kini berdepan jalan sukar apabila wujud ‘perbezaan ketara’ antara tawaran mereka dengan harga yang diminta The Gunners.

Menurut wartawan Turki, Secan Dikme (Sports Digitale), Trossard sebenarnya tidak menolak peluang berpindah ke Liga Super Turki, tapi semuanya bergantung kepada persetujuan kedua-dua kelab.

Awalnya, Trossard dijangka angkat kaki dari Emirates selepas Arsenal berbelanja besar musim panas lalu dengan membawa masuk Noni Madueke dan Eberechi Eze. Tapi lain pula jadinya apabila pemain Belgium itu menandatangani kontrak baharu sehingga 2027.

Arsenal pula jelas mahu mengekalkan Trossard dalam perancangan Mikel Arteta, walaupun saingan di posisi sayap semakin sengit.

Besiktas masih cuba melancarkan rundingan dengan jendela perpindahan Turki akan ditutup pada 11 September. Namun setakat ini, usaha mereka masih buntu.

“Perbezaan ketara wujud antara tawaran Besiktas untuk Leandro Trossard dan harga yang diminta Arsenal,” kata Dikme.

Tambahnya lagi, walaupun Trossard terbuka untuk berpindah, Arsenal menganggapnya sebagai aset bernilai tinggi. Besiktas pula masih memburu pemain sayap kiri idaman mereka.

Iklan

Tags

#Besiktas #Arsenal #Transfer News

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: