Mikel Arteta mengakui beliau dapat merasakan aura luar biasa dalam skuadnya menjelang pertembungan hidup mati menentang Atletico Madrid. Berada hanya satu perlawanan sahaja lagi sebelum melangkah ke pentas final UEFA Champions League, Arteta menegaskan bahawa seluruh pasukan kini berada dalam top-level motivation untuk menamatkan penantian panjang kelab utara London tersebut.
Keputusan seri di ibu kota Sepanyol minggu lalu bermakna pemenang dalam aksi di Emirates Stadium akan mengesahkan slot ke perlawanan akhir UCL buat kali pertama sejak 2006. Untuk rekod, kali terakhir The Gunners mencecah perlawanan akhir adalah pada musim terakhir mereka di Highbury. Justeru, Arteta menyifatkan malam esok bukan sekadar perlawanan biasa malah ia adalah defining moment bagi sejarah stadium baharu mereka.
“Saya sudah tidak sabar. Saya dapat rasakan the energy dalam kalangan pasukan dan juga penyokong kita. Ini adalah momen-momen yang kita mahu lalui bersama,” jelas Arteta dengan penuh teruja.
Beliau menambah bahawa kelab telah bekerja keras selama 20 tahun untuk kembali berada di posisi ini, dan rasa lapar untuk melepasi halangan terakhir ini adalah sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Arteta menyeru para penyokong untuk memberikan sokongan padu esok malam bagi membantu pemain melepasi garisan penamat. Menurutnya, penyokong Arsenal telah menunggu terlalu lama untuk merasai malam-malam European football yang berprestij seperti ini. Beliau yakin apabila peluang sebesar ini muncul di depan mata, pasukannya sudah cukup bersedia untuk deliver dan akan menyerang sejak minit pertama lagi.
Melihat kembali rekod kebelakangan ini, Arsenal tersingkir di peringkat suku akhir kepada Bayern Munich pada musim 23/24 manakala tahun lalu mereka terkandas di separuh akhir di tangan PSG. Kini, dengan pengalaman yang lebih matang, Arteta yakin pasukannya sudah bersedia untuk melakukan the next step. Beliau percaya kegagalan lalu telah mematangkan mentaliti pemain untuk berhadapan dengan sebarang tekanan.
Apabila ditanya mengapa beliau begitu yakin Arsenal boleh melangkah ke final tahun ini, Arteta menjawab, “Sebab apa yang saya lihat setiap hari. Pemain-pemain memberikan saya sebab untuk percaya dan trust kepada mereka. Saya yakin kita boleh lakukannya dalam sebarang konteks dan menentang mana-mana lawan sekalipun. Namun, ini adalah bola sepak dan esok kita perlu membuktikannya sepanjang 90 minit perlawanan.”
Kemenangan besar 3-0 ke atas Fulham dalam saingan Premier League pada hujung minggu lalu dianggap sebagai perfect preparation bagi menghadapi skuad kendalian Diego Simeone. Arteta percaya momentum daripada kemenangan itu telah memberikan good taste kepada semua pihak termasuk pemain dan penyokong. Beliau mahu menggunakan aura positif tersebut sebagai pemacu semangat untuk menumbangkan Atletico esok.
Dengan kepulangan beberapa key player dan jadual yang diuruskan dengan baik, Arsenal dilihat mempunyai kelebihan fizikal dan mental. Arteta menyimpulkan bahawa pasukan kini mempunyai tenaga yang meluap-luap dan bersedia untuk memberikan segalanya. Seluruh dunia kini menantikan sama ada impian The Gunners untuk ke final UCL akan menjadi kenyataan di bawah pimpinan taktikal pengurus dari Sepanyol ini.