Bodoh Tolak Arsenal
Perkembangan Kelab UTAMA

Bodoh Tolak Arsenal

MyGooners 15 Sep 2025 242 tontonan 2 min baca
Saya tidak pernah maafkan dia!

Massimiliano Allegri dianggap buat silap besar apabila tidak menerima tawaran Arsenal satu ketika dulu, sedangkan kelab London itu menawarkan satu projek hebat.

Massimiliano Allegri terus jadi sasaran kecaman di tanah airnya selepas enggan menerima tawaran Arsenal tujuh tahun lalu – padahal ketika itu The Gunners sedang menghidangkan satu projek mega untuk bangkit semula selepas era Arsene Wenger.

Legenda Itali Meletup

Bekas jurulatih berpengaruh, Giovanni Galeone, meledak dengan kenyataan pedas apabila mendakwa Allegri lakukan kesilapan paling besar dalam kerjayanya.

“Saya tak pernah maafkan dia sebab tak pergi ke Arsenal.

"Itu projek yang hebat, masa depan yang cerah,” kata Galeone dalam temubual bersama La Repubblica.

Kerjaya Hanya Pusing Itali

Allegri sepanjang hidupnya hanya berpusing di Serie A - dari SPAL, Sassuolo, Cagliari, Milan hingga Juventus. 

Walaupun pernah diintai Chelsea, Real Madrid dan PSG, dia tetap pilih duduk dalam ‘comfort zone’.

Malah, PSG juga ditolaknya kerana konon menang di Ligue 1 “terlalu senang”, siap selamba melabel ia sebagai “liga untuk bujang dan orang berkeluarga.”

Arsenal Pilih Emery, Allegri Gigit Jari

Ketika Arsenal mencari pengganti Wenger, nama Allegri jadi sebutan.

Namun akhirnya jawatan itu jatuh ke tangan Unai Emery dan Galeone sampai hari ini masih sakit hati dengan keputusan bekas anak didiknya itu.

Kini, Allegri kembali ke AC Milan buat kali kedua, tapi ramai percaya peluang terbaiknya sudah lama terlepas… terutama peluang menggegar bola sepak Inggeris bersama Arsenal.
Iklan

Tags

#Arsenal #Massimiliano Allegri #Giovanni Galeone #Arsene Wenger #Unai Emery

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: