Julian Draxler Bongkar Rahsia
Berita Perpindahan UTAMA

Julian Draxler Bongkar Rahsia

MyGooners 4 Oct 2025 78 tontonan 2 min baca
Nyaris Sarung Jersi Arsenal, Klopp Pun Pernah Cuba

Penyerang Jerman juga dedah usaha Liverpool

Arsenal dan Liverpool memang terkenal suka ‘memborong’ pemain-pemain dari Bundesliga sejak sekian lama. Kedua-dua kelab gergasi England ini sering menghantar pencari bakat ke Jerman dan kerap membawa pulang pemain dari sana.

Tapi bukan semua percubaan menjadi kenyataan. Arsenal khususnya ada senarai panjang pemain yang “hampir-hampir” mereka tandatangani. Masa era Arsene Wenger dulu, benda ni dah jadi macam bahan gurauan – hampir setiap bintang baru ada cerita “nyaris jadi pemain Arsenal”.

Antara nama besar dalam kategori itu ialah Julian Draxler. Dulu masa awal kariernya, dia antara bakat muda paling panas di Jerman. Kini, pada usia 32 tahun, dia dah masuk fasa penghujung karier dan bermain di Qatar bersama Al Ahli untuk ‘cari duit besar’.

Sebelum ke sana, Draxler pernah beraksi di Schalke, Wolfsburg, PSG dan Benfica. Tapi sebenarnya, senarai tu boleh saja termasuk Arsenal atau Liverpool.

Dalam temubual bersama SportBild minggu ini, Draxler ditanya kalau ada detik dalam hidupnya yang dia nak undur balik untuk buat keputusan berbeza.

Jawabnya:

“Ada beberapa. Masa saya masih muda di Schalke dan sambung kontrak, saya sebenarnya boleh saja pergi ke Arsenal. Secara jujur, saya tertanya-tanya apa akan jadi kalau saya dapat belajar daripada Arsene Wenger seawal itu.

“Saya juga pernah fikir – bagaimana kalau masa pindah dari Wolfsburg saya tak ke Paris, tapi ikut Jurgen Klopp di Liverpool. Masa tu peluang tu memang ada.

“Tapi apa pun, saya puas hati. Saya tenang dengan keputusan yang saya buat.”

Dengan pendedahan ni, Draxler menambah lagi satu nama dalam senarai panjang “pemain hampir jadi Arsenal” – dari Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, hingga ke Draxler sendiri.

Iklan

Tags

#Arsenal #Arsene Wenger #Jurgen Klopp #Julian Draxler

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: