Karier Hampir Terkubur!
Perkembangan Kelab UTAMA

Karier Hampir Terkubur!

MyGooners 11 Sep 2025 177 tontonan 1 min baca
Vieira Diselamatkan HSV, Arsenal Tunggu Jackpot RM100 Juta

Drama hujung jendela perpindahan akhirnya menyaksikan pemain tengah Arsenal, Fabio Vieira, ‘tercampak’ ke kelab Bundesliga, HSV Hamburg dengan status pinjaman.

Menurut laporan BILD, perjanjian tersebut penuh liku macam thriller perpindahan, sebelum berjaya dimuktamadkan pada saat-saat akhir.

🔹 Bayaran pinjaman: €400,000 (lebih kurang RM2 juta), tapi boleh jadi percuma kalau Vieira jadi pemain utama HSV.
🔹 Pilihan beli tetap: €20 juta (sekitar RM100 juta) musim depan - kalau jadi, ia bakal rekod pembelian termahal HSV.
🔹 Kontrak tetap: 4 tahun sekiranya HSV sahkan pembelian.
🔹 Bonus Arsenal: Kelab London itu masih pegang klausa jualan semula 10-20% kalau Vieira dijual lagi.

Difahamkan, pengarah HSV, Stefan Kuntz, dah lama minat Vieira sejak final Euro B21 tahun 2019 (Jerman lawan Portugal). Namun Arsenal asalnya hanya nak jual penuh. Bila Vieira gagal dapat kelab lain hujung jendela, barulah pinjaman dibuka dan cepat-cepat dipersetujui.

Sekarang, segalanya bergantung pada prestasi Vieira musim ini. Kalau dia menjadi, Arsenal boleh tersenyum dengan pulangan lumayan.

Kalau tidak, mungkin Vieira sekadar jadi ‘pinjaman sementara’ tanpa masa depan di Jerman.

Iklan

Tags

#Arsenal #Fabio Vieira #HSV Hamburg

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: