Kenyataan Timber Buat Feyenoord Gelabah
Perkembangan Kelab UTAMA

Kenyataan Timber Buat Feyenoord Gelabah

MyGooners 11 Sep 2025 162 tontonan 2 min baca
Bimbang Hilang Bintang Secara Percuma!

Bintang Arsenal, Jurrien Timber, tanpa sedar mungkin telah mencetuskan rasa panik di kem Feyenoord minggu ini gara-gara kenyataannya mengenai saudara kembarnya, Quinten Timber.

Quinten dan Jurrien Timber

Menurut laporan Soccer News yang memetik wartawan Feyenoord, Mikos Gouka (Algemeen Dagblad), komen pemain pertahanan Arsenal itu ketika tugasan antarabangsa bersama Belanda jelas mengundang kegusaran besar di Rotterdam.

Isunya mudah - Quinten kini berada di tahun terakhir kontraknya bersama Feyenoord.

Hasrat kelab untuk menjualnya pada musim panas lalu gagal, membuatkan mereka kini berdepan risiko kehilangan pemain tengah itu secara percuma.

Bagi Feyenoord, pilihan terbaik adalah memujuk Quinten tandatangan kontrak baharu dengan klausa pelepasan, supaya mereka masih mampu kaut dana perpindahan jika ada kelab lain yang mahu membawanya keluar.

Namun, setakat ini, tiada persetujuan dicapai.

Apa yang merumitkan lagi keadaan adalah kata-kata Jurrien di padang latihan Zeist baru-baru ini:

“Setahun lagi di Feyenoord pun bagus juga,” katanya mengenai masa depan kembarnya itu.

Kenyataan itu seolah-olah mengisyaratkan bahawa Quinten akan kekal semusim lagi… sebelum angkat kaki secara percuma.

Menurut Gouka, ia pasti membuatkan pengurusan Feyenoord – khususnya pengarah umum Dennis te Kloese - sakit kepala, kerana senario itu boleh merugikan kelab hampir €12-15 juta.

Kini, semua mata tertumpu sama ada Feyenoord mampu ‘ikat’ Quinten dengan kontrak baharu atau terpaksa berdepan mimpi ngeri kehilangan bintang mereka tanpa sebarang sen.

Iklan

Tags

#Arsenal #Quinten Timber #Jurrien Timber #Feyenoord

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: