Martinelli Dan Trossard Jadi ‘Pembunuh Upahan’ Arteta
Perkembangan Kelab UTAMA

Martinelli Dan Trossard Jadi ‘Pembunuh Upahan’ Arteta

MyGooners 17 Sep 2025 319 tontonan 2 min baca
Martinelli Bangkit Dari Bangku, Athletic Kena Sembelih!

Arsenal tunjuk taring dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara apabila menewaskan Athletic Club 2-0 di San Mames, tapi bintang sebenar malam itu bukanlah dari kesebelasan utama, sebaliknya Gabriel Martinelli yang bangkit dari bangku simpanan untuk jadi hero.

Pemain Brazil itu, yang sebelum ini sering dikritik kerana prestasi turun naik, membalas kepercayaan Mikel Arteta dengan cara paling bergaya.

Masuk padang ketika tempo perlawanan masih seimbang, Martinelli terus meledak dengan satu gol dan satu assist yang memusnahkan harapan tuan rumah.

“Sejujurnya, saya tahu Martinelli akan meletup malam ni.

"Saya nampak api dalam matanya ketika di bangku.

"Dia seorang pemain yang sentiasa menuntut lebih daripada diri sendiri, tak pernah puas dan malam ini dia buktikan betapa luar biasanya dia,” kata Arteta.

Bukan Martinelli seorang, Leandro Trossard juga muncul watak penting.

Penyerang Belgium itu yang hanya diberi peluang sebagai pemain gantian musim ini, turut menyumbang satu gol sambil mencipta gandingan maut bersama Martinelli.

Arteta kemudian menggelar kedua-duanya sebagai “finishers”, istilah dari ragbi yang merujuk kepada pemain simpanan yang masuk untuk jadi penentu.

BACA: Arsenal Menang Gaya Rugby

Katanya, Arsenal bukan bergantung pada 11 pemain utama, tapi seluruh skuad yang punya mentaliti juara.

Kemenangan ini bukan saja beri tiga mata berharga dalam Kumpulan Liga Juara-Juara, malah hantar mesej jelas kepada seluruh Eropah: Arsenal ada senjata rahsia dari bangku simpanan dan bila dilepaskan, lawan pasti jadi mangsa.

San Mames jadi saksi, Athletic tumbang dan Martinelli kini kembali dengan aura “pembunuh” yang sukar dihentikan.

Iklan

Tags

#Arsenal #Leandro Trossard #Gabriel Martinelli #UCL

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: