Pertahanan kental Manchester City, Ruben Dias, jelas tidak mahu ambil pusing dengan sebarang “mind games” atau taktik psikologi daripada Arsenal menjelang pertembungan panas di Emirates Ahad ini.

Ingat lagi insiden Erling Haaland suruh Arteta “stay humble” selepas seri 2-2 di Etihad?
Atau kemenangan 5-1 Arsenal di London Utara bila remaja Myles Lewis-Skelly buat gaya meditatif Haaland depan penyokong City?
Tapi bagi Dias, semua itu tak penting.
“Saya tak kisah langsung pasal mereka.
"Yang penting, kami percaya dengan cara kami sendiri.
"Kami main untuk menang, untuk keluarga kami, untuk orang kami.
"Tiada apa yang lebih besar daripada itu,” katanya.

Tapi cabaran sebenar menanti di Emirates, tambahan pula Arsenal kini dianggap ramai sebagai calon utama juara liga.
Tentang rakan sepasukan Rodri yang masih dipantau kecederaan:
"Dia sangat penting, bukan saja boleh rampas bola, tapi juga buat pasukan lebih tenang dengan hantaran dia,” jelas Dias.
City datang dengan penuh fokus, tak mahu layan provokasi dan hanya mahu jadi versi terbaik mereka sendiri.
Tapi persoalannya – cukupkah fokus itu untuk bendung kebangkitan Arsenal yang makin padu musim ini?