TAK JANGKA LAIN PUN!
Perkembangan Kelab UTAMA

TAK JANGKA LAIN PUN!

MyGooners 28 Sep 2025 52 tontonan 2 min baca
Bekas coach Sporting puji Gyokeres walau pernah clash dengan kelab!

Penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres, terus mencuri perhatian dunia bola sepak apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak tahunan di majlis berprestij Ballon d’Or.

Walaupun sudah meninggalkan Portugal untuk beraksi bersama The Gunners, nama Gyokeres masih segar disebut bekas jurulatihnya, Rui Borges, yang tampil memberi pujian walaupun dirinya meninggalkan Sporting dalam keadaan pahit.

Bagi Borges, kejayaan penyerang Sweden itu adalah bukti betapa dua tahun Gyokeres di Lisbon meninggalkan impak besar, bukan sahaja kepada kelab, malah seluruh liga.

Katanya, anugerah tersebut bukan semata-mata milik pemain, tetapi juga hasil kerjasama di Sporting.

“Saya rasa memang layak untuk dia menang.

"Apa yang dia beri kepada kami sepanjang dua musim lalu memang luar biasa.

"Ia juga hasil suasana di kelab, termasuk staf kejurulatihan.

"Saya sendiri gembira melihat pencapaiannya,” jelas Borges kepada media Portugal.

Namun yang lebih menarik, Borges menekankan bahawa sikap rendah diri Gyokeres menjadi faktor utama dia dihormati. Walaupun pasaran bola sepak moden sering dipenuhi drama perpindahan, wang besar dan ego tinggi, Gyokeres kekal dengan peribadi yang tenang dan bersahaja.

“Secara jujur, saya tidak jangka lain pun daripada dia.

"Dia memang jenis seimbang, profesional, sangat rendah diri.

"Seorang yang mudah didekati, baik dengan semua orang.

"Itu yang membezakannya,” tambah Borges.

Kenyataan ini membawa erti mendalam kerana Borges sendiri menamatkan tugasnya di Sporting dalam keadaan penuh kontroversi dengan pihak pengurusan. Hubungan tegang dengan lembaga pengarah menyaksikan kariernya di Lisbon berakhir tanpa noktah manis.

Namun begitu, beliau tetap menyanjung Gyokeres – satu bukti betapa penyerang ini meninggalkan legasi berharga yang tidak dapat dipadam walaupun selepas berpindah.

Kini di Arsenal, Gyokeres meneruskan rentak berbisa. Dibeli dengan rekod perpindahan dari Sporting, dia kini menjadi tunjang serangan Mikel Arteta.

Penyokong The Gunners mula melihatnya sebagai penyerang yang mampu mengangkat cabaran kejuaraan liga. Pengiktirafan di Ballon d’Or pula membuktikan prestasinya bukan sekadar meniti di Portugal, tetapi sudah menembusi pentas global.

Ringkasnya, walaupun Borges pernah melalui pengalaman pahit di Sporting, kata-kata ikhlasnya mengenai Gyokeres menunjukkan sesuatu:- penyerang ini bukan sahaja hebat menjaringkan gol, tetapi juga seorang insan yang dihormati kerana sikap rendah diri dan profesionalisme yang jarang ditemui dalam bola sepak moden.

Iklan

Tags

#Arsenal #Viktor Gyokeres #Rui Borges

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Dia memang 'brutal'!
Perkembangan Kelab

Dia memang 'brutal'!

Mosquera akui latihan dengan Gyokeres buat dia makin ganas

2 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: