Connect with us

Arsenal

Pasukan kebangsaan risau mengenai kecederaan Torreira.

Published

on

Pasukan kebangsaan Uruguay kerisauan mengenai tahap kecederaan pemain Arsenal.

Walaupun Arsenal tidak mendedahkan secara rasmi mengenai tahap kecederaan Lucas Torreira, namun pasukan kebangsaan Uruguay ternyata begitu bimbang mengenai masa depan pemain tengah itu.

Laporan dari media Amerika Selatan menunjukkan betapa bimbangnya mereka yang berada di negara asal pemain itu, lebih-lebih lagi apabila Kelayakkan Piala Dunia akan bermula pada bulan ini.

Radio Agricultura mendakwa kakitangan pasukan Uruguay ‘risau akan kecederaan paling teruk’ dialami Torreira dan kerisauan mereka itu adalah disebabkan kerana pemain tersebut merupakan pemain utama.

Advertisement

Sekiranya Torreira terpaksa diketepikan, ia akan menjadi tamparan besar bagi skuad Uruguay yang juga akan kehilangan Luis Suarez akibat pembedahan lututnya.

Media Chile, CDF juga menulis tentangnya, mendakwa bahawa pengurus Oscar Tabarez telah menunggu berita dari Arsenal mengenai perkembangan pemain tersebut.

https://youtu.be/IgU2toNxzng

Mereka mengatakan walaupun masih belum menerima sebarang respons, ia seperti tidak kelihatan Torreira akan bermain menentang Chile pada 26 Mac, yang merupakan perlawanan pertama kelayakan.

Dan itulah perlawanan penting bagi Uruguay dalam kejohaanan ataupun saingan tersebut, terutamanya kerana ia dilangsungkan dihalaman sendiri.

Oscar Tabarez

Nota: Oscar Washington Tabarez Silva, yang dikenali sebagai El Maestro, adalah pengurus pasukan bolasepak kebangsaan Uruguay dan juga merupakan bekas pemain, yang bermain sebagai pemain pertahanan.

Beliau mengikat kontrak bersama Uruguay sebagai pengurus pasukan kebangsaan dengan kontrak sehingga Piala Dunia 2022 Qatar.

Advertisement