Connect with us

Chelsea

Matt Miazga sertai Anderlecht secara pinjaman semusim

Published

on

Pemain pertahanan Chelsea ini menyertai kelab Belgium itu secara pinjaman, dimana persetujuan dicapai selepas dia mengatasi kecederaan pra-musim.

Matt Miazga, pemain antarabangsa Amerika Syarikat ini kembali cergas dan telah memilih untuk berpindah ke kelab Belgium selepas perbualan bersama Vincent Kompany, yang sudah menjadi pengurus kelab itu selepas persaraannya tahun lepas.

Ini bakal menjadi tempoh pinjaman keempat pemain berusia 25 tahun ini selepas tempoh pinjaman di Vitesse, di mana dia bermain selama dua musim antara 2016 dan 2018, Nantes dan Reading, di mana dia bermain separuh musim 2018/19 dan semusim penuh musim lepas.

Advertisement

Miazga sertai Chelsea dari New York Red Bulls pada Januari 2016 selepas meningkat naik dari akademi mereka dan menjadi pemain penting pasukan.

Di peringkat antarabangsa, Miazga sudah mendapat 18 caps antarabangsa bersama skuad antarabangsa Amerika Syarikat selepas membuat debut negaranya pada November 2015.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply