Connect with us

Juventus

Buffon komited untuk terus bersama Parma

Published

on

Penjaga gol veteran Itali ini mahu meneruskan kariernya bermain sehingga usia 46 tahun.

Gianluigi Buffon bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Parma sehingga Jun 2024.

Dia membuat debut Parma buat pertama kali pada tahun 1995 pada usia 17 tahun, dan selepas dua tempoh bermain bersama Juventus dan semusim di Paris Saint-Germain, dia kembali ke Stadium Ennio Tardini pada tahun lepas.

Buffon, yang telah mempunyai 176 penampilan antarabangsa bersama skuad Itali, telah membuat 23 penampilan untuk Parma dalam Serie B musim ini, dengan pasukan bimbingan Giuseppe Iachini kini menduduki tangga ke-13 liga.

Advertisement

Usaha dan komitmennya bersama kelab dibalas dengan lanjutan kontrak setahun, dan ini bermakna dia akan terus bermain melepasi usia 46 tahun.

Buffon, Contract Extension, Parma

Presiden kelab, Kyle Krause mengumumkan pembaharuan kontrak Buffon dalam sidang media pada hari Isnin.

“Saya ada satu berita gembira, Gigi telah memperbaharui kontraknya sehingga 2024,” kata Krause.

“Dia seorang pemain yang hebat, satu kebanggan buat kami.

“Gigi mempunyai semangat untuk bermain bersama Parma, dan kami sangat gembira dengan komitmen dan sokongannya.”

Advertisement

Buffon pernah menjulang Piala Itali, Piala Super Itali dan Piala UEFA pada tahun 1998/99 bersama Parma sebelum berpindah ke Juventus pada 2001.

Karier gemilangnya di Turin meliputi 11 kejuaraan liga Serie A Itali, lima Piala Itali, dan enam Piala Super Itali.

Dia juga pernah menjuarai Serie B bersama Juve pada musim 2006/07, selepas kelabnya itu disingkirkan ke liga tersebut pada tahun 2006 kerana skandal Calciopoli.

Buffon pernah mara ke tiga perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bersmaa Bianconeri, dan tewas kesemuanya, sebelum tempoh singkatnya di PSG membawanya kembali ke Stadium Allianz pada 2019.

Advertisement

Di peringkat antarabangsa, dia merupakan pemegang rekod penampilan antarabangsa skuad Itali, dan pernah mengetuai negaranya menjuarai Piala Dunia 2006 di Jerman.

Penampilan antarabangsa terakhirnya bersama Itali adalah ketika bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina pada Mac 2018.

Musim ini, Buffon telah membuat 23 penampilan untuk Parma dan telah melepaskan 23 gol, sementara mampu mendapat satu clean sheet.

Dia berharap dapat mendapat clean sheet keduanya ketika bertemu Monza pada hari Rabu nanti.

Advertisement