Angkat Bendera Putih
Transfer Rumours UTAMA

Angkat Bendera Putih

MyGooners 19 Sep 2025 171 tontonan 2 min baca
Trossard Buktikan Nilai, Roma/Inter Kena Move On!

Trossard Kikis Spekulasi, Roma & Inter Kena Angkat Bendera Putih.

Leandro Trossard sekali lagi buktikan kenapa dia masih relevan dalam projek besar Mikel Arteta di Emirates.

Baru-baru ni kecoh cerita kononnya AS Roma dan juga Inter Milan nak sambar penyerang serba boleh Belgium ni pada penghujung jendela perpindahan.

Malah, kelab Turki pun cuba masuk line.

Tapi semua tinggal spekulasi, sebab Trossard kekal di Emirates.

BACA: Arsenal ‘kunci pintu’ buat Trossard.

Gol Penting di Eropah

Hari Selasa lepas, Trossard masuk sebagai ‘super-sub’ dan terus cipta impak apabila menjaringkan gol kedua Arsenal ketika tumbangkan Athletic Bilbao 2-0 dalam aksi sulung Liga Juara-Juara musim ni.

Lagi menarik, dia jugak bantu Gabriel Martinelli buka tirai jaringan dengan satu assist cantik.

Prestasi tu jadi bukti jelas yang dia masih aset penting, walaupun persaingan makin ketat lepas kemasukan Eberechi Eze dari Crystal Palace.

Roma & Inter Terpukul

Media Itali, ASRomaLive, laporkan Roma sebelum ni serius minat Trossard, siap anggap dia calon ‘panas’ untuk dibawa masuk.

Inter Milan pulak jadikan dia alternatif kepada Ademola Lookman.

Tapi gol dan aksi bertenaga lawan Bilbao tu umpama ‘paku terakhir’, makin sukar untuk mana-mana kelab Itali pujuk Arsenal lepaskan pemain 30 tahun ni.

Masih Ada Bisa

Bekas pemain Brighton ni mungkin bukan pilihan utama setiap minggu, tapi setiap kali dipanggil dan diperlukan, dia bagi jawapan dengan prestasi di atas padang.

Satu gol UCL, satu assist EPL - rekod kecil tapi cukup bermakna.

Kesimpulannya: Roma dan Inter terpaksa akur, Trossard bukan sekadar ‘pelengkap squad’. Di tangan Arteta, dia adalah senjata rahsia Arsenal yang mampu ubah rentak perlawanan dari bangku simpanan.

Iklan

Tags

#Inter Milan #AS Roma #Arsenal #Trossard

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: