Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Bekas Presiden FIFA dalam penyiasatan pembayaran $1juta

Published

on

Bekas Presiden FIF Sepp Blatter sedang dalam penyiasatan jenayah di Switzerland kerana disyaki salah pengurusan dalam pembayaran $1juta.

Dia telah diberitahu mengenai perkara ini oleh pendakwaraya persekutuan Switzerland yang dia telah menjadi orang tertuduh atas pinjaman yang diberikan FIFA kepada Persatuan Bola Sepak Trinidad & Tobago pada 2010, menurut satu dokumen yang dilihat oleh Associated Press.

Dalam tuduhan terbaru di Switzerland dan penyiasatan persekutuan Amerika mengaitkan FIFA dengan pembayaran tidak tetap yang menguntungkan Jack Werner, bekas timbalan Presiden mereka dari Trinidad yang sedang berjuang ekstradisi ke Amerika Syarikat.

Advertisement

Werner sudah lama mengawal satu blok utama dalam pilihanraya FIFA sehingga dia keluar, selepas terlibat dalam merasuah pengundi untuk menentang Blatter pada 2011.

Dua bekas pegawai senior FIFA – Setiausaha Agung Jerome Valcke dan Pengarah Kewangan Markus Kattner – juga dinamakan sebagai orang tertuduh.

Pejabat pendakwaraya persekutuan Switzerland berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu bahawa prosiding jenayah menentang Blatter telah dilanjutkan bulan lepas untuk memasukkan Valcke dan Kattner. Pejabat itu berkata kedua-dua lelaki, yang telah dipecah oleh FIFA pada 2016, telah dianggap tidak bersalah.

Blatter menafikan sebarang kesalahan yang berlaku sepanjang dekad skandal-skandal kewangan. Dia telah digantung dari jawatan presiden FIFA pada 2015.

Advertisement
dari kiri) Jerome Valcke, Sepp Blatter, Markus Kattner