Connect with us

Juventus

Perlawanan akhir Coppa Italia: Upacara penyampaian hadiah layan diri

Published

on

Pemenang perlawanan akhir Coppa Italia pada hari Rabu depan perlu menghadiri upacara penyampaian hadiah layan diri nanti kerana peraturan kebersihan virus corona.

Penyampaian hadiah ini termasuklah pemberian pingat kemenangan dan trofi kejuaraan kepada si pemenang.

Pendahulu Serie A Juventus akan bertemu pasukan di tempat keenam Napoli di Stadio Olimpico minggu depan.

Advertisement

Juventus mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan AC Milan menerusi peraturan gol tempat lawan selepas terikat seri 1-1 secara agregat.

Perlawanan timbal balik pada hari Jumaat lepas yang berkesudahan seri tanpa jaringan, hampir empat bulan berlalu selepas perlawanan pertama, cukup memadai buat Juventus mara ke perlawanan akhir walaupun Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Cristiano Ronaldo kecewa gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang AC Milan

Dries Mertens muncul wira pasukannya apabila jaringan golnya untuk menyamakan kedudukan dalam perlawanan timbal balik menentang Inter Milan sudah memadai untuk mencatat kemenangan agregat 2-1.

“Kita boleh namakan ia sebagai layan diri,” kata Ketua Eksekutif Serie A Luigi De Siervo dalam persidangan video pada hari Khamis.

“Para atlit perlu pergi sendiri mengambil pingat dan piala, untuk mengelakkan persentuhan luaran dengan pasukan yang terikat dengan kawalan ketat.”

Advertisement

Perlawanan akhir itu juga akan dilangsungkan dalam stadium tertutup (tanpa penonton), De Siervo berkata tempat duduk penonton akan mempunyai “koreografi digital” yang akan menghasilkan “grafik visual bersepadu dengan perisian yang canggih.”

“Kami amat berbangga dapat menawarkan peminat kami satu produk yang inovatif, menarik, dan berkemajuan teknologi,” katanya.

Perlawanan penutup pertandigan Coppa Italia musim ini bertindak sebagai pendahuluan baki perlawanan Serie A musim ini, yang akan bersambung pada hari Sabtu selepas tiga mula dihentikan.

Juventus berharap dapat memenangi trofi pertama untuk mencapai potensi merangkul treble musim ini kerana kelab itu masih berada di puncak liga Serie A dan masih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply