Connect with us

Arsenal

Inter masih belum bersetuju lanjutan kontrak pinjaman Alexis Sanchez

Published

on

Kelab Serie A itu berharap dapat memperbaharui perjanjian pinjaman pemain Chile itu untuk bermain dalam musim yang telah dilanjutkan ini, tetapi masih belum ada kata putus lagi sehingga sekarang.

Ketua Eksekutif Inter Beppe Marotta berkata kelab masih belum bersetuju dengan lanjutan pinjaman Alexis Sanchez dari Manchester United, yang dijangka tamat pada minggu hadapan.

Penyerang Chile ini menyertai skuad bimbingan Antonio Conte secara pinjaman semusim pada hujung jendela perpindahan musim panas 2019.

Advertisement

Tetapi dengan wabak virus corona menangguhkan musim bolasepak Eropah hampir tiga bulan, perjanjian baru diperlukan jika mahu mengekalkan Sanchez di San Siro melepasi perjanjian asal dan menampung baki 10 perlawanan terakhir Serie A dan kempen Europa League.

Pemain sayap Nigeria Victor Moses, yang menyertai kelab dengan pinjaman enam bulan dari Chelsea pada Januari, juga dalam kesukaran yang sama.

Sementara itu, Bayern Munich berharap dapat melanjutkan pinjaman Ivan Perisic supaya dia boleh beraksi dalam perlawanan akhir DFB-Pokal menentang Bayer Leverkusen pada hujung minggu depan juga perlawanan timbal balik pusingan 16 pasukan terakhir menentang Chelsea.

Marotta berkata Inter dalam perbincangan dengan tiga kelab mengenai lanjutan tempoh pinjaman, tetapi dia mendedahkan dirinya kecewa dengan kemajuan perbincangan tersebut.

Advertisement

“Ini adalah satu anomali peraturan yang hebat yang perlu diselesaikan kerana kami masih dalam berurusan dengan Chelsea dan Manchester United hari ini untuk cuba melanjutkan pinjaman mereka,” beritahu Marotta kepada Sky Sport Italia.

“Ianya bukan satu perkara yang mudah. Kami juga sedang berurusan dengan Bayern Munich mengenai Ivan Perisic.”

Sanchez berharap kepulangan dirinya semula ke Itali, di mana dia menyerlah bersama Udinese sebelum menyertai kelab gergasi Sepanyol Barcelona, dapat memberikan nafas segar berikutan pergelutannya di Manchester United.

Walaubagaimanapun, masalah kecederaan dan prestasi merudum telah menghadkan masanya di Old Trafford dan masalah ini berterusan di Inter, di mana dia hanya menjaringkan satu gol dalam 18 penampilan dalam semua kejohanan kempen 2019/20.

Advertisement

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan pada awal bulan ini bahawa Sanchez hanya akan menjadi pemain skuad jika dia kembali ke Old Trafford.

Dengan laporan gaji sekitar £400,000 seminggu, the Red Devils mungkin mahu mengeluarkan Sanchez berbanding meletakkan aset mahal ini di bangku pemain simpanan.

Prestasi Alexis Sanchez tetap tidak melonjak naik walau kembali ke Itali.