Connect with us

Atletico Madrid

Geoffrey Kondogbia sah menjadi pemain baru Atletico Madrid

Published

on

Pemain tengah Republik Afrika Tengah ini berpindah ke Wanda Metropolitano dari Valencia dengan kontrak empat tahun.

Geoffrey Kondogbia telah melengkapkan perpindahan €10 juta ke Atletico Madrid dari Valencia pada pagi Selasa, menggantikan Thomas Partey dalam skuad Diego Simeone.

Kondogbia menyatakan komitmen bersama Atletico sehingga 2024 selepas mencapai persetujuan untuk berpindah keluar dari Valencia.

Advertisement

Los Rojiblancos telah diberikan kebenaran khas untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun ini selepas Partey menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan €50 juta (£45 juta) pada hari terakhir jendela perpindahan, dengan La Liga menetapkan 5 November sebagai tarikh akhir untuk Simeone membawa masuk seorang pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain antarabangsa Ghana itu.

Atletico mengumumkan ketibaan Kondogbia menerusi kenyataan rasmi dalam laman sesawang mereka, yang dibaca: “Atletico Madrid telah mencapai persetujuan dengan Valencia mengenai jumlah yuran perpindahan untuk Geoffrey Kondogbia yang akan bermain untuk kelab kita untuk baki tahun ini dan tiga musim lagi.

“Seorang pemain berbakat telah tiba di Atletico Madrid, dengan tenaga fizikal yang hebat yang akan membolehkan dia menguasai bahagian tengah padang.

“Kebolehannya dalam mencuri bola juga menunjukkan dia seorang pemain bagus semasa menghalang gerakan serangan pihak lawan, menjadikan dia seorang pemain tengah yang lengkap untuk tugasan defensif dan tugasan lain semasa serang balas. 

Advertisement

“Oleh itu, kami mengalu-alukan seorang pemain yang menyertai projek kami dengan penuh semangat.”

Atletico mendapat manfaat dari peraturan La Liga yang membenarkan mana-mana kelab yang menyaksikan seorang pemain mereka meninggalkan kelab setelah klausa perlepasan nj, untuk menandatangani pemain gantian dari Sepanyol dalam tempoh empat minggu.

Kondogbia kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Valencia semasa jendela perpindahan musim panas lalu, dengan Tottenham antara kelab yang sangat berminat dengan khidmatnya, kerana kelab Sepanyol tersebut mahu seimbangkan buku mereka dengan menjual beberapa pemain bintang pasukan utama.

Pemain antarabangsa Republik Afrika Tengah ini mengikuti jejak langkah Dani Parejo, Ferran Torres, Francis Coquelin dan Rodrigo keluar dari Mestalla, mengakhiri tempoh tiga tahunnya bersama kelab.

Advertisement
Geoffrey Kondogbia membuat 104 penampilan sepanjang tiga tahun tempoh bermainnya bersama Valencia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply